29 May 2009

Divided we fall. United we stand. Hidup Melayu!!

Dari http://politica-net.blogspot.com

Siap sedialah kita semua (orang Melayu macam saya khususnya). Kita balik kampung, kita tanam kacang. Saya jadi pesimis gila sebab hari ini saya melihat tanda-tanda yang negara kita mungkin akan runtuh dan kacau bilau tak lama lagi. Sebabnya kerana hari ini sudah muncul generasi muda kita yang terlalu sangat merindui Chin Peng. Sebabnya kerana hari ini juga sesetengah etnik bukan Melayu memang amat melampau dan keterlaluan. Rasa tamak, haloba, hasad dan dengki mereka terhadap Melayu has gone beyond reasons, terus membara dan tidak pernah padam.

Saya hendak balik kampung dan tanam kacang kerana di sanalah saya diajar sejarah mengenai Chin Peng secara praktikal dan secara real. Di kampung mundur di zaman penjajah itu saya selalu didendangkan oleh Nenek, Atuk, Emak, Bapak, Pakcik, Makcik, Guru Quran, Cikgu Sekolah, Ketua Kampung dan Pak Iman bahawa Chin Peng adalah kepala pengganas komunis yang paling zalim dan amat kejam.

Saya siap-siap hendak balik kampung kerana bimbang kalau terus duduk dalam bandar saya mungkin jadi mangsa keganasan yang putik dan kuntumnya kelihatan sedang kembang dan mekar. Saya siap-siap hendak balik kampung kerana saya hendak menuntut ilmu kebal untuk pertahankan diri, keluarga dan kampung saya daripada serangan gelora PKM di era merdeka. Saya hendak balik kampung kerana di sana aman damai, tidak ada dilema etnik dan tidak akan ada pertembungan etnik.

Tapi sebelum saya balik kampung dan tanam kacang, saya hendak ingatkan kalangan anak bangsa saya yang segelintir daripadanya hari ini dijangkiti sindrom lupa sejarah, sindrom liberalisme songsang dan sindrom internasionalisme ala-starbucks bahawa masalah etnik di Malaysia hari ini adalah amat kronik tahapnya.

Kroniknya begini: orang keturunan pendatang mengasak kita dan berkata, apa guna ada Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan untuk lindungi Melayu dan Bumiputera, Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun ikut bertanya, ya lah buat apa ya? Keturunan emigran mendesak kita buang kuota 30 peratus untuk Bumiputera, puak Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun ikut menjerit, ya lah buat apa kita nak ada kuota untuk Bumiputera? Dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya kelompok Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks pun turut setuju dengan jeritan suara cucu-cicit emigran itu.

Fahamilah. Masalah etnik berdarah yang pernah meletus di tanah air ini pada 13 Mei 1969 adalah akibat Agama Islam, Raja-Raja Melayu, hak-hak Melayu dan Bahasa Melayu diinjak-injak oleh segolongan etnik bukan Melayu. Saya lihat sendiri betapa lupa daratannya orang-orang keturunan emigran ini sewaktu melalui Jalan Othman di Old PJ waktu tu. Mereka menjerit-jerit, Melayu balik kampung, Melayu babi, Melayu lancau (pardon me!), Melayu tidak ada kuasa!!! Waktu itu saya student. Saya lihat gelagat itu dari celah-celah pagar kolej. Waktu itu cufew. Kami cuma makan kulit roti. Kami kehabisan stok roti kerana waktu tu semua orang tidak berani keluar pagar atau keluar dari rumah. Etnik bukan Melayu sedang berkinja-kinja menghina Melayu.

Kalau lusa atau tulat ada lagi masalah etnik di Malaysia, puncanya pun sama. Tapi kali ni lebih hebat kerana ada Melayu yang akan turut mendukung perjuangan etnik bukan Melayu ini. Saya cabar Melayu liberalis-internasionalis ala-starbucks kalau ramalan saya salah. Saya tak akan guna teori-teori keselamatan kontemporari untuk membuat ramalan ini. Tapi saya gunakan ketajaman pemikiran Melayu lama untuk memprediksikan perkara ini.

Saya tidak akan mendesak pemerintah untuk mensecuritisedkan soal-soal dilema etnik ni menjadi ancaman keselamatan. Itu terserahlah kepada pemerintah untuk memikirkannya. Tapi, satu perkara ini adalah hakikat. Desakan etnik bukan Melayu ini lazimnya menjadi-jadi dan keterlaluan bila Melayu yang jadi tunggak kuasa itu lemah dan terlalu berkompromi sebab takut kehilangan kuasa.

Fikirkan dan fahamilah apa maksud saya ini. Sejak lima tahun yang lalu bukankah Melayu yang berkuasa terlalu berkompromi sehingga orang Melayu sendiri rasa terpinggir dan dianaktirikan? Melayu demo di Kuala Terengganu untuk tuntut pilihanraya adil, ditembak dengan peluru hidup. Untuk halalkan insiden tu tuduh kononnya Melayu yang ditembak (syukur Alhamdulillah tak terkorban) adalah antara Melayu yang bakar bendera Jalur Gemilang.

Lepas itu ada demo India dekat Pejabat PM di Putrajaya, tidak pun dia orang itu kena tembak. Lepas itu ada Cina demo di ladang babi mereka di Melaka, mereka pijak Jalur Gemilang, mereka baling bom molotov pada polis, tidak pun kena tembak (ini versi suratkhabar arus perdana).

Lepas itu ada India demo di KL. Dia orang pukul dan cederakan polis. Dia orang ditangkap dan masuk court. Tapi lepas itu PM suruh bebaskan (ini ada berita hitam putihnya juga dalam media arus perdana).

Jadi, mendidihlah darah Melayu. Sudahlah demo haram dan pertubuhan pun haram. Sudahlah dia orang mintak Perlembagaan Persekutuan dimansuhkan (ini namanya treason). Tuntutan dan desakan mereka anehnya dilayan. Ini menyebabkan Melayu mendidih marahnya.

Hari ini, sejarah Melayu dan asal usul Melayu dipersoalkan. Orang yang mempersoalkan tidak diapa-apakan. Orang yang menegakkan kebenaran dikenakan tindakan. Hari ini Raja-Raja Melayu diperlekehkan orang bukan Melayu. Tapi ada Melayu turut serta dan menyokong. Inilah dilema Melayu.

Sebenarnya, datuk nenek kita sentiasa berpesan. Lepas betis jangan berikan peha. Dagang lalu jangan ditanakkan. Itik di air jangan dibiarkan kehausan. Anak di rumah jangan mati kelaparan.

Cerdik pandai keselamatan pula ada berpesan, kuasa mesti dipertahankan secara tegas dan tanpa kompromi kerana jika kehilangan kuasa, sesebuah negara berdaulat dan merdeka akan jadi kacau-bilau dan huru-hara.

Jadi siapa yang sedang berkompromi hari ini. Siapa yang sedang kena tolak dan siapa pula yang sentiasa beransur-ansur menolak Melayu ke tembuk dan ke penghujung sejarah?

Cetusan saya kali ini bukan hasutan. Tetapi hanya ingatan kepada anak bangsa dan pemimpin bangsa saya sendiri supaya mereka bertegas dan jangan berkompromi demi kuasa Melayu. Cetusan ini juga buat etnik bukan Melayu yang mencabar kesabaran Melayu pada ketika ini supaya mereka juga insaf dan hentikan gelagat mereka sebelum Melayu betul-betul hilang perhitungan.

Tetapi, kerana saya bimbang saya akan jadi penghasut, sebab itu saya hendak balik ke kampung untuk menyejukkan diri. Untuk elak diri saya dijerangkap dilema dan jadi marah, sebab itu saya hendak balik kampung dan tanam kacang. Sambil-sambil itu saya akan didik seluruh anak Melayu di kampung supaya bila sudah jadi pandai dan bijak nanti jangan lupakan kacang dan jangan lupakan kulit kacang. Tidak kiralah kacang panjang, kacang tanah, kacang parang atau kacang kuda, asalkan kacang. Tanpa kulit, kacang ini akan cepat reput dan musnah. Sama macam kita orang Melayu, tanpa jatidiri Melayu dan rasa cintakan Melayu, kita akan musnahkan bangsa Melayu.

Saya juga akan tanamkan ke dalam jiwa anak-anak Melayu di kampung saya, bila terjumpa anak Melayu yang lupakan kulit kacang, balun mereka puas-puas. Bukan secara fizikal. Secara intelektuil. Sedarkan mereka kalau anak Melayu yang sudah cerdik pandai sudah tidak boleh diharapkan untuk jaga bangsa Melayu dan Tanah Melayu, lebih baik anak Melayu Kampung menghurai silat dan mengamuk di sepanjang jalan. Bukan untuk membunuh bukan Melayu sebagai balas dendam kepada pengganas komunis yang membunuh Melayu. Tetapi untuk membelasah mana-mana anak Melayu yang dayus dan lupakan diri bahawa mereka adalah Melayu.

On the more serious note: The ethnic problem in our contemporary Malaysia is at the most chronic stage. Come what may, please watch out and please be forewarned! Only the Malays can stop this from happening. United we stand. Divided we fall. The choice is not yours or mine. The choice is for us all. MELAYU! –

21 May 2009

Cebisan suara orang Melayu

Melayu Raya said...


Tolong bagi tau dekat PM atau org besaq UMNO, kepentingan Melayu kena jaga dulu baru yg lain, kalu majoriti rakyat Melayu tak sokong UMNO, bangsa lain janganlah harap nak sokong, jika UMNO kuat yg lain TERPAKSA ikut! Ketua penerangan UMNO atau apa2 aje jawatan dalam UMNO yg nak terang ni kenalah buat kerja betui2, jangan cuma nak bercakap dlm TV, Radio, Surat Khabar atau bila ada majlis2 besar perjumpaan dgn org ramai atau org kampong saja baru nak buat penerangan.


Pi la buat ceramah disurau2 ka, masjid ka dan perjumpaan dgn ketua2 kampung setiap minggu ka, bulan ka kalu pun bukan setiap hari. Ni la yg depa puak PR dok buat tanpa jemu2, hari2 kutuk kerajaan, UMNO dan pemimpin dlm cermah2, kalu tiap2 hari2 didakyah dgn kontrovesi2 dan kesalahan UMNO tanpa dibela balik, lama lama org kampung dan rakyat Melayu khas nya termakan juga la, kalu tak balas balik!
UMNO MULAI SEKARANG KENA LAWAN BALIK IKUT RENTAK PR, JANGAN BERTAHAN SAJA, JANGAN DEFENSIF SAJA, SEKARANG BUKAN MASANYA KITA DOK BERTAHAN.

18 May 2009

1Sekolah Untuk Semua

Monday, May 18, 2009

1 Sekolah Untuk Semua



1 School for All. A group of pro-unity bloggers have started a campaign for Satu Sekolah Untuk Semua.

Satu Sekolah untuk Satu Bahasa, Satu Bangsa, Satu Negara.

I am going to make myself part of this group of bloggers, whether they like it or not. Because I like what they are trying to do. Mine's the 494th signature on the petition
here.

I'm the product of a 1 Sekolah system. I started schooling in Singapore in 1968, a year before the May 13 racial clashes and three years after the island achieved its Independence. The government of Lee Kuan Yew went about to "integrate' all primary schools. My school on West Coast Road had a flag of blue and yellow, and for many years it was known as Jubilee Malay Primary School. By the time I went to Primary 1B, it was called Jubilee Primary (Integrated) School. They abolished the Sekolah Melayu Jubilee. Other vernacular schools around the island were systematically replaced by "integrated" schools. Singapore went for its 1 School for All and I thought that they were doing quite alright.

In Malaysia, we have let ourselves fall behind in this regards, but that gives us the benefit of hindsight. Today Malaysians regardless of race or religion (including political ideologies) want a Bangsa Malaysia. 1 Bangsa. Civil society has never demanded harder for One Race as it has been doing in the last couple of years. The government tried to lay the foundations for a Bangsa Malaysia under Wawasan 2020 and there were attempts earlier, including the Bangsa Malaya concept dreamed up by Usman Awang and his Asas 50 friends after the War and just before Merdeka.

Time to join all past and present efforts towards that. Time to walk your talk.

Start with the kids. Integrate. Lets' have 1 School.

Read and Sign the petition again
h e r e.

Please also paste the logo at the top of your blogroll so that the Education Minister won't miss it! Attached here is the open letter to the Education Minister "to implore the government to seriously look at the current multi-stream educational anomaly with an eye towards forging a singular Sekolah Kebangsaan for all Malaysians".

p.s. Thank you,
KijangMas for initiating the campaign. But I believe we'll need to bring this initiative out of cyberspace into the real world, too.

Must Read:
Satu Sekolah Untuk Semua: Is there a reason to say NO?

11 May 2009

UMNO has a low key 63rd birthday celebration

By Zuraidah Abu Bakar(NST)

UMNO is a year older today. Yet its 63rd anniversary does not come with the usual pomp of the nation's grandest political party.
Colourful and joyous events could well be history under the leadership of Datuk Seri Najib Razak, who prefers that Umno's over three million members instead observe the reality of the party's declining popularity and renew their commitment to its struggles.

Gone are the days when Umno spent millions of ringgit to celebrate its anniversary that lasted a whole month.

A party official said it once spent RM4 million on an extended birthday bash. "The party is more realistic now," he said.

Behind the low-key flag-raising, special prayers and a speech by the party president at the Putra World Trade Centre, Umno members have to acknowledge their duties in seeing that the party bounces back from the losses in the last general election.

They need to bolster unity so that Umno will remain the bedrock of Malay politics. It is also their responsibility to revive the selfless spirit of Umno's founding in 1946 -- a first step in charting a path to the future and remaking its image for the masses.

Umno is an old party. It cannot work the same way any more. New approaches are needed, especially in reaching out to young Malays now seeking comfort in the arms of Pas and Parti Keadilan Rakyat, both of which offer more alluring political ideals.

Where Malay support is concerned, however, all is not lost as Umno can still outrun Pas and PKR, whose ranks have been boosted by disgruntled Umno members, if it develops the strategies to counter and match its opponents.

In terms of parliamentary seats won in the last election, the two parties are far behind Umno's 79, a testimony to its continuing favour among the Malays.

Najib repeated loudly and clearly in Pekan yesterday that Umno could no longer rely on past achievement to woo young people, who will comprise the bulk of registered voters in the 13th general election.

The party president has cautioned, not once but many times, that changes were inevitable or "the people will change us".

The clobbering that Umno-Barisan Nasional received in the last general election made it realise, for the first time in more than 50 years in office, that it could lose power to the opposition.

For the first time, the prospect of defeat beckons in 2013, by which time the next general election will have to be called.

It cannot be politics as usual for Umno, and not even its most sanguine members can say that there is nothing wrong with the party.

Like all dominant political parties, Umno displayed an arrogance and apathy so glaring that voters rejected it in droves in the 2008 elections.

More than a year later, the demoralised and dispirited in Umno should have learned their lessons and thought of ways to rehabilitate, reform and reinvent the party. But few tangibles have been forthcoming.

New policies have been introduced by the government but the government is not Umno. As the mothership of Barisan Nasional, it has to steer the rest of the fleet on the right course before the next general election.

Preparations to amend the party constitution to revamp the internal election process, including doing away with minimum nominations to contest senior party posts and expanding the vote base, should be timed for completion before the Umno general assembly from Oct 13-16.

The proposed amendments should be discussed from the ground up, at the branch meetings from May 15 to June 30 and divisional meetings scheduled for a month from July 16.

Umno's imperative to "change or be changed", however, will not be accomplished if the party is fractured, especially in the states now under Pakatan Rakyat rule.

As long as the opposing factions remain at loggerheads, backstabbing and sabotaging each other, Umno will fall short of what it set out to do for the Malays.

6 May 2009

Di mana Usahawan Melayu di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Negara (DPN)?

Sejauh manakah Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang diperkenalkan pada tahun 1971 oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato' Hussein dan Dasar Pembangunan Negara(DPN) yang merupakan sambungan kepada DEB bila ia tamat pada tahun 1990 dalam menghasilkan usahawan Bumiputra melalui program Masyarakat Perniagaan dan Perindustrian Bumiputra (MPPB).

Matlamat tersurat DEB adalah untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi serampang dua mata untuk:

  • mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum; dan
  • mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekonomi supaya dapat mengurang dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ini telah digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991. Walaupun begitu elemen-elemen dasar ini masih lagi wujud dan akan diganti secara beransur-ansur apabila bumiputera sudah mempunyai keyakinan diri.[1]


Latar belakang

Perlaksanaan dasar pecah dan perintah Inggeris telah mengeruhkan perpaduan masyarakat di Tanah Melayu. Pengelasan kaum merujuk pekerjaan dan sistem pelajaran yang berbeza mengelakkan interaksi antara penduduk di Tanah Melayu yang terdiri daripada 3 rumpun utama iaitu bangsa Melayu, Cina dan India. Melalui dasar ini orang Melayu kebanyakannya menetap di kawasan luar bandar (kampung) dan bekerja sebagai nelayan dan petani, orang Cina menetap di kawasan bandar dan kawasan perlombongan serta bekerja sebagai peniaga dan pelombong bijih timah, manakala orang India kebanyakannya tinggal di kawasan ladang-ladang dan bekerja sebagai buruh, secara tidak langsung telah mewujudkan perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain yang merupakan bom jangka yang menjadi teras peristiwa 13 Mei 1969.

Peristiwa berdarah yang berlaku pada 13 Mei 1969 telah mendedahkan manifestasi sebenar perasaan tiga etnik yang terbesar di Malaysia. Semenjak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, didapati bangsa Melayu masih tertinggal jauh dari segi penguasaan ekonomi dan pendidikan di Tanah Melayu memandangkan majoriti orang Melayu tinggal di luar bandar. Manakala orang Cina pula lebih terkehadapan dengan menguasai bidang perniagaan dan bidang ekonomi lain memandangkan mereka tinggal di kawasan bandar dan menguasai kawasan perlombongan. Lantas timbul kesedaran di kalangan orang Melayu yang dapat merasakan bahawa mereka telah tertinggal dan tertindas di bumi sendiri akibat kemiskinan. Bagi masyarakat Cina dan India pula, mereka bimbang tentang syarat-syarat hak kerakyatan walaupun sebahagian daripada mereka telah bersedia untuk menumpahkan kesetiaan kepada Tanah Melayu.

Semenjak pendudukan Jepun pada perang Dunia Kedua, pihak Jepun mengamalkan dasar yang anti-Cina dan pro-Melayu telah membangkitkan kemarahan dan prasangka orang Cina terhadap orang Melayu. Apabila Jepun menyerah kalah dan sebelum ketibaan Inggeris, orang Cina yang kebanyakannya merupakan anggota Bintang Tiga (Parti Komunis Malaya) telah mengambil kesempatan untuk membalas dendam.

Maka ramai orang Melayu telah oleh dibunuh oleh orang Cina semasa Bintang Tiga memerintah Tanah Melayu selama 14 hari. Detik trajedi ini masih mendalam dalam ingatan menyeluruh orang Melayu (Malay Communal Consciousness) sehingga ke hari ini. Ini disebabkan ada mereka yang kehilangan bapa, bapa saudara atau datuk nenek yang telah dibunuh oleh ahli Bintang Tiga bangsa Cina dalam masa empat belas hari tersebut.

Turut memburukkan keadaan adalah kerana, kebanyakan orang Cina menganggotai Parti Komunis Malaya manakala Orang Melayu kebanyakan menganggotai pasukan keselamatan ketika zaman darurat pada 1948–1960.

Penyingkiran Singapura dari Malaysia pada tahun 1965 akibat konsep "Malaysia untuk orang Malaysia" yang yang secara tidak langsung turut mempertikai kedudukan dan hak istimewa orang Melayu telah diapi-apikan oleh Lee Kuan Yew menyemarakkan perasaan anti-Cina dan anti-Melayu. Kejadian-kejadian tersebut akhirnya menyebabkan berlakunya peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969. Ia telah mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda adalah manifestasi hubungan antara kaum di Tanah Melayu yang sememangnya retak menanti belah. Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku sebaik sahaja keputusan pilihan raya umum 1969 diketahui apabila parti orang Cina mulai melemperka kata-kata pedas dan perit terhadap orang Melayu bila mereka ini berarak pada 12hb Mei 1969. Jadi Peristiwa 13 hb Mei adalah reaksi orang Melayu terhadap kebiadapan parti-parti Cina ini seperti DAP, Gerakan dan Sosialis Front

Kacau bilau dan pertumpahan darah yang berlaku pada 13 Mei 1969 itu telah memaksa kerajaan untuk mengisytiharkan perintah darurat. DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu dan atas nasihat Perdana Menteri dengan serta-merta telah mengisytiharkan darurat di seluruh negara. berkuat kuasa 16 Mei 1969. Pengisytiharan ini telah menyebabkan sistem kerajaan berparlimen digantung. Atas perakuan Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong telah melantik Tun Razak bin Dato Hussein, Timbalan Perdana Menteri pada waktu itu sebagai pengarah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang bertanggungjawab menjalankan kuasa pemerintahan bagi Persekutuan berdasarkan kuasa yang diwakilkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Majlis Perundingan Negara telah ditubuhkan bagi memastikan keberkesanan MAGERAN, Majlis Perundingan Negara yang bertanggungjawab untuk membincang dan meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan menyelesaikan masalah masyarakat berbilang kaum. Majlis ini mendapati satu masalah yang paling ketara yang dikenal pasti ialah struktur masyarakat majmuk di Malaysia. Adalah didapati masyarakat Malaysia masih terbahagi atas dasar keturunan, agama dan pekerjaan. Perpaduan yang hendak dicapai bukan sahaja melibatkan penyatuan kaum sahaja tetapi adalah didapati penyatuan ekonomi dan sosial juga perlu dilakukan. Sehubungan dengan itu Majlis Perundingan Negara telah bersetuju membentuk satu ideologi negara yang kemudiannya dikenali sebagai Rukun Negara yang mempunyai lima prinsip utama iaitu:

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-Undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

Dasar Ekonomi Baru juga dibentuk menerusi Majlis Perundingan Negara sebagai jentera penggerak untuk membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Majlis Perundingan Negara juga telah mencadangkan kepada kerajaan untuk mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara untuk melaksanakan aktiviti berbentuk muhibbah Majlis Muhibah dan Pejabat Muhibah di peringkat pusat, negeri, daerah dan kawasan telah ditubuhkan di bawah peruntukan Peraturan-Peraturan Perlu (Majlis-Majlis Muhibah) 1969 yang telah diwartakan pada 18 Julai 1969.

Dasar Pecah dan Perintah Penjajag Inggeris

Jurang perbezaan ekonomi dan sosial kalangan kaum di Malaysia sering dikatakan akibat dasar pecah dan perintah (devide and rule) oleh penjajah Inggeris. Terdapat dua keadaan yang memungkinkan keadaan ini:

1. Inggeris sengaja memisahkan kaum-kaum bagi mengelakkan dan menyekat sebarang usaha penyatuan yang membawa risiko penentangan terhadap penjajahan.

2. Inggeris perlu mengekalkan penduduk peribumi di kampung-kampung serta mengekalkan aktiviti pertanian orang Melayu bagi memastikan bekalan makanan penduduk Tanah Melayu tidak terjejas. Tindakan membawa masuk pekerja asing adalah bagi mengelakkan penduduk pribumi meninggalkan aktiviti pertanian.

Peranan Dasar Ekonomi Baru dalam usaha pihak kerajaan untuk mencapai matlamat integrasi nasional

1. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan terutama yang menganggur.

2. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara semua kaum dan antara kawasan (bandar dan luar bandar).

3. Memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.

Kesan Dasar Pecah dan Perintah Inggeris

1. Penduduk Melayu telah dibiarkan di kawasan pedalaman untuk mengerjakan sektor pertanian tradisional.

2. Kaum Cina ditempatkan di bandar dan lombong bagi menjalankan aktiviti perniagaan dan perlombongan.

3. Kaum India ditempatkan di estet untuk mengerjakan ladang-ladang British.

Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melairkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

Dasar Ekonomi Baru(DEB)

Dasar Ekonomi Baru merupakan satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara selain itu juga bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini. Menyedari hakikat bahawa pengagihan ekonomi yang seimbang penting demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, serta mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain maka DEB telah dirancang untuk memperbaiki keadaan ini.

Ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta adalah berpunca daripada isu kemiskinan. Didapati bahawa orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. Didapati juga orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain walaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata:-

  • penyusunan semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi.
  • pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum;

Bagi memastikan matlamat untuk menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun 1970.

Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki keadaan ekonomi dan pada masa yang sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian dan perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya:

  • Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990;
  • Mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
  • Menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain;
  • Meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar.

Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) yang merupakan usaha atau kesinambungan kepada perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Latarbelakang

Tahun 1990 menandakan berakhirnya Rangka Rancangan Jangka Panjang Pertama (RRJP 1) dan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dalam tempoh pelaksanaan DEB (1971-1990), ekonomi Malaysia telah berkembang dengan pesatnya walaupun menghadapi pelbagai cabaran. Sesuatu yang tidak boleh disangkal adalah walaupun pencapaian DEB bukanlah satu kejayaan yang menyeluruh namun banyak kejayaan telah dicapai. Jelas bahawa proses socio-economic engineering ala DEB ini memerlukan masa yang lebih lama daripada apa yang telah diperuntukkan dengan mengambil kira kesan-kesan daripada pergolakan dunia amnya.

DPN telah dilancarkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia pada 17 Jun 1991. Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP 2) 1991-2000 telah digubal berasaskan Dasar Pembangunan Nasional (DPN), menandakan bermulanya satu lagi era baru di dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.

Objektif

Perpaduan negara akan terus menjadi matlamat terakhir DPN kerana masyarakat yang bersatupadu adalah penting untuk memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi yang berterusan. DPN menetapkan satu langkah ke arah membolehkan Malaysia mencapai taraf sebuah negara yang maju dalam semua segi iaitu dari segi keadilan sosial, nilai, etika dan moral, kestabilan politik, kualiti hidup, kecekapan pentadbiran kerajaan, dan kecemerlangan ekonomi.


Strategi Pelaksanaan

DPN akan terus mengekalkan strategi asas DEB iaitu pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan sosial dan ekonomi antara kaum dan dengan ini akan menyumbangkan ke arah mengukuhkan perpaduan negara. DPN adalah bertujuan untuk mewujudkan satu corak pembangunan yang lebih seimbang yang merangkumi aspek-aspek kritikal seperti berikut:

(i) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan ekonomi dengan pengagihan yang saksama;

(ii) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan;


(iii) Mengurang dan akhirnya menghapuskan ketidaksamaan sosial dan ekonomi negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi dari pertumbuhan secara lebih adil dan saksama untuk semua rakyat Malaysia;


(iv) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi antara negeri dan antara kawasan bandar dan luar bandar;


(v) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi di samping mempunyai nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara;

(vi) Memajukan sumber manusia dan termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran yang perlu bagi menghadapi cabaran pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat;


(vii) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosio-ekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden; dan


(viii) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi perhatian yang sewajarnya diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi supaya dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan.


DPN telah mengambil kira kemajuan yang telah dicapai setakat ini di bawah DEB serta kekuatan dan kelemahan yang wujud semasa pelaksanaannya. Ia mengandungi beberapa peralihan pendekatan dengan tujuan mengadakan satu dimensi baru dalam usaha pembangunan, terutamanya dalam membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Dimensi-dimensi baru DPN adalah seperti berikut:

(i) Memberi penekanan yang lebih kepada strategi pembasmian kemiskinan untuk tujuan menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin hardcore poor di samping mengurangkan kemiskinan relatif. (Golongan yang termiskin adalah keluarga berpendapatan 50% atau kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan. Bagi tahun 1990, Pendapatan Garis Kemiskinan adalah sebanyak $370 sebulan bagi saiz isi rumah 5.1 di Semenanjung Malaysia, $544 bagi saiz isi rumah 5.4 di Sabah dan $452 bagi saiz isi rumah 5.2 di Sarawak. Kira-kira 143,000 isi rumah atau 4% daripada jumlah isi rumah adalah tergolong sebagai keluarga termiskin);


(ii) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi penting kearah meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;


(iii) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan
diri dalam proses penyusunan semula masyarakat; dan


(iv) Memberi lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia
termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Program Pelaksanaan

Beberapa pendekatan baru yang diambil dalam usaha melaksanakan DPN adalah seperti berikut:

(i) Hasil pencapaian yang berkualiti dan berkekalan
Pendekatan yang lebih terpilih akan dibuat dengan mengambil kira keperluan untuk mencapai hasil yang berkualiti dan berkekalan. Dalam proses menghapuskan kemiskinan di kalangan golongan termiskin dan juga mengurangkan ketidakseimbangan, penekanan akan diberikan kepada aspek-aspek pendidikan dan latihan sebelum bantuan diberikan;


(ii) Persaingan Dalam Pasaran Antarabangsa
DPN telah mengambil kira kemampuan negara untuk bersaing dengan lebih terdaya dalam pasaran antarabangsa di samping menghadapi cabaran baru. Di dalam menghadapi persaingan antarabangsa, Malaysia perlu meningkatkan daya tarikan kepada pelabur dan pengusaha supaya dapat memperluaskan urusan mereka di negara ini. Dalam bidang eksport pula, halangan-halangan (perlindungan) perdagangan antarabangsa akan meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, Malaysia akan terus mengamalkan dasar liberal yang boleh menggalakkan sektor swasta lebih bersedia menghadapi risiko berkaitan. Para pengeksport negara juga perlu mengurangkan pergantungan mereka kepada Sistem Keutamaan Am (GSP) dan menjadi pengeksport yang mempunyai daya saingan yang tinggi;


(iii) Wawasan 2020
Penyertaan semua kaum di negara ini adalah sangat penting untuk memajukan Malaysia ke taraf negara yang maju menjelang tahun 2020. Oleh yang demikian pelaksanaan strategi serampang dua mata DPN akan terus menggalakkan penggemblengan sumber-sumber negara dan menggunakan potensi kecerdasan masyarakat berbilang kaum untuk membina ekonomi yang teguh serta meningkatkan ketahanan negara bagi mengatasi ketidakstabilan dan ketidaktentuan ekonomi dunia. Oleh kerana setiap kaum mempunyai sifat dan kekuatannya sendiri maka adalah penting untuk semua kaum di negara ini saling melengkapi dan bantu membantu antara satu sama lain untuk kesejahteraan rakyat dan pembangunan negara; dan


(iv) Pembasmian Kemiskinan
Kadar kemiskinan negara dijangka akan dapat dikurangkan ke paras 7.2% dalam tahun 2000 berbanding dengan 19.1% dalam tahun 1990. Kadar pengangguran pula dijangka berkurangan ke tahap 4% dalam tahun 2000. Dalam melaksanakan strategi pembasmian kemiskinan,DPN akan mengambil kira beberapa perubahan dibuat terhadap peranan sektor awam. Oleh kerana kadar kemiskinan yang terlalu tinggi di kawasan luar bandar pada akhir tahun 1960-an, pelaksanaan DEB (1971 - 90) telah memperlihatkan penglibatan terus perkhidmatan awam melalui pembukaan tanah-tanah dan pemberian subsidi besar-besaran kepada petani-petani kecil untuk mewujudkan pekerjaan dan membantu meningkatkan pendapatan mereka. Pengalaman telah menunjukkan bahawa kos penyelenggaraan skim pembangunan tanah seperti yang diuruskan oleh FELDA adalah lebih tinggi daripada kos pengendalian estet yang serupa oleh sektor swasta. Tambahan pula anak-anak peneroka dan petani yang berpendidikan lebih tinggi kurang berminat untuk bekerja di luar bandar. Ramai di antara mereka telah berhijrah untuk bekerja di bandar-bandar. Dengan itu pembukaan tanah baru oleh agensi kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran tidaklah ekonomikal lagi. Peranan ini lebih sesuai untuk dikendalikan oleh estet-estet komersial.


Latihan yang diberikan kepada belia-belia di luar bandar akan membolehkan mereka mendapatkan kerja-kerja yang berkemahiran dan berpendapatan lebih tinggi. Aspek latihan ini akan dipertingkatkan untuk menggantikan pemberian subsidi yang dilaksanakan sehingga ini. Pemberian subsidi dan sokongan akan diteruskan untuk golongan penanam padi dan nelayan tetapi ianya akan ditumpukan ke arah mempertingkatkan produktiviti pengeluaran mereka.

Peranan sektor awam dalam pembasmian kemiskinan akan ditumpukan pada program-program berikut:
- pendidikan dan
- latihan
- kesihatan
- jalan-jalan luar bandar
- pengangkutan
- perumahan
- bekalan air dan elektrik

Usaha-usaha yang lebih gigih akan dilaksanakan untuk mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-wilayah, khususnya di antara negeri Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain.


Program pelaksanaan untuk mengatasi kemiskinan di bandar-bandar juga akan dipertingkatkan. Di kawasan bandar, kemiskinan relatif akan dikurangkan menerusi penyediaan peluang yang lebih baik untuk meningkatkan pendapatan dan kemudahan asas seperti perumahan, pengangkutan dan kemudahan awam. Langkah-langkah juga akan diambil oleh Kerajaan melalui perancangan dan penetapan zon pembangunan bandar yang sesuai dalam usaha membangunkan bandar-bandar secara teratur. Ini bukan sahaja akan dapat mengawal pertumbuhan kawasan-kawasan setinggan tetapi juga menyediakan peluang-peluang kepada golongan yang terlibat dalam perniagaan dan industri kecil.


(v) Penyusunan Semula Masyarakat

Penghapusan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi dan penyusunan semula hakmilik akan terus menjadi program penting di bawah strategi ini. Berhubung dengan ini, matlamat DPN adalah untuk meningkatkan taraf sosial dan ekonomi masyarakat Bumiputera ke tahap yang lebih berdaya maju dan teguh. Kedudukan ini boleh dicapai dengan pelaksanaan strategi meningkatkan guna tenaga dan penyertaan Bumiputera dalam pengurusan sektor-sektor moden dan membentuk Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera. Walaupun dasar dan program Kerajaan akan terus menyediakan sokongan kepada usahawan Bumiputera, tetapi adalah menjadi harapan kerajaan usahawan Bumiputera akan memajukan perniagaan berasaskan daya usaha sendiri dan kurang bergantung kepada bantuan dan subsidi kerajaan. Sehubungan dengan ini latihan dalam bidang pengurusan harta dan etika perniagaan akan diutamakan. Sebagai langkah jangka panjang, program untuk memupuk usahawan muda juga akan diberi tumpuan.


DPN akan menggalakkan penyertaan Bumiputera secara meluas dalam sektor-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. Perhatian khusus diberi kepada penyertaan Bumiputera di dalam industri kecil dan sederhana menerusi program sub-kontrak dan franchise. Usahasama secara aktif di antara Bumiputera dan bukan Bumiputera akan digalakkan untuk membolehkan syarikat Bumiputera meningkatkan prospek perniagaan. Bagi membolehkan Bumiputera bersaing dalam perniagaan moden, mereka akan didedahkan kepada teknologi terbaru di samping kemudahan-kemudahan modal, maklumat pasaran dan hubungan perniagaan dengan pasaran antarabangsa. Matlamat penyusunan semula gunatenaga akan memastikan corak gunatenaga di pelbagai sektor dan pekerjaan dalam ekonomi mencerminkan komposisi pelbagai kumpulan etnik dalam negara. Dalam tempoh 10 tahun yang akan datang, dasar ini akan memastikan bahawa Bumiputera mendapat bahagian yang saksama daripada pekerjaan baru yang diwujudkan, khususnya dalam kategori profesional, pengurusan dan teknikal. Daripada 2.4 juta pekerjaan baru yang dijangka akan dapat diwujudkan dari tahun 1991-2000, kira-kira 55.8% akan diambil oleh Bumiputera (706,700 dalam sektor perkhidmatan dan 534,000 dalam sektor pembuatan.) Di sektor luar bandar, untuk meningkatkan mobiliti tenaga kerja, langkah-langkah akan diambil untuk memperbaiki tahap pendidikan dan kemahiran.


Berhubung dengan strategi penyusunan semula hak milik dan pengawalan dalam sektor swasta, sasaran secara kuantitatif yang khusus tidak ditetapkan dalam DPN. Langkah-langkah akan diambil untuk melengkapkan Bumiputera dengan kemahiran-kemahiran yang sesuai bukan sahaja bagi mengurus dan menjalankan pemiagaan dengan berkesan tetapi juga bagi mengekalkan kekayaan mereka. Agensi-agensi amanah dan perbadanan awam perlu merancang dan menyelaras tindakan masing-masing dengan lebih berkesan dalam mewujudkan harta-harta baru dan membeli kepentingan tertentu bagi pihak Bumiputera. Peranan Permodalan Nasional Berhad (PNB) akan diperkukuhkan dalam menggembleng tabungan Bumiputera dan pembangunan keusahawanan. Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) merupakan sebahagian daripada strategi keseluruhan PNB untuk meneruskan usaha menggembleng tabungan Bumiputera sepanjang tempoh DPN.

Penswastaan akan digunakan sebagai suatu cara untuk mempercepatkan dan memperluaskan penyertaan Bumiputera dalam sektor swasta serta mencapai hasrat penyusunan semula modal saham. Jawatankuasa Pelaburan Asing akan meneruskan pengawasan proses penyusunan semula modal saham dengan menggalakkan lagi syarikat-syarikat mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.


Seperti DEB, DPN akan meneruskan usaha-usaha mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi bukan sahaja di kalangan kaum etnik tetapi juga di antara golongan kaya dan miskin dan antara wilayah. Ketidakseimbangan ekonomi ini akan dapat dikurangkan berasaskan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Dimana usahawan Bumiputra?

Kita masih tertanya soalan ini. Saya menjadi YDP Dewan Perniagaan Melayu Negeri Selangor dan Naib Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Saya masih tertanya dimana usahawan Melayu dan Bumiputara semenjak DEB dilancarkan dan kemudian disambung pula oleh Dasar Pembangunan Negara yang akan berakhir pada tahun 2020?

Ternyata kita tidak banyak masa lagi. Hanya sekadar sebelas tahun sahaja lagi. Mungkin kita perlukan satu dasar selepas 2020. Ini perlu difikirkan.

Banyak usahawan Melayu dan Bumiputra yang kecundang dipukul oleh ombak Kemelesetan Ekonomi Asia pada tahun 1997/1998 dahulu.

Begitu juga ramai yang parah dalam Kemelesetan Ekonomi Dunia yang bermula di Amerika Syarikat dan Eropah pada tahun 2008 yang lalu.