Raduan Md Taib

Perkukuhkan kemajuan dan ketahanan ekonomi Melayu

8 November 2008

TIMBALAN PRESIDEN: KEMUNGKINAN BESAR PERTANDINGAN TIGA PENJURU.....ALI DAPAT 41, MUHAMMAD 36 (HANYA PERLU TIGA LAGI)



Datuk Seri Mohd Ali Rustam sudah dapat cukup 39 pencalonan yang layakan beliau bertanding Timbalan Presiden UMNO.Beliau dapat pencalonan yang diperlukan itu dari UMNO Bahagian Pasir Putih,Kelantan pada jam 5.10 petang dan kemudiannya jam 5.30 petang dari Sepanggar,Sabah.

Kemudiannya beliau dapat dari Kubang Kerian,Kelantan.

Sebelum itu Ketua Menteri Melaka itu dapat pencalonan daripada UMNO Bahagian Pendang, Ketereh, Tumpat, Pasir Salak,Sandakan dan Sungai Petani.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula perlukan tiga lagi pencalonan setelah dapat 36.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dapat pencalonan daripada UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Baling, Sungai Besar, Hulu Langat,Pesiangan,Sik dan Kuala Krai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin pula masih jauh di depan setelah mendapat 84 pencalonan.

Beliau dapat daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju, Kuala Nerus,Jerai,Arau dan Bukit Bintang.

Berdasarkan pencalonan terkini pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden.

Ini kerana esok Ahad iaitu hari akhir di Selangor ada EMPAT bahagian yang akan bermesyuarat.

Selain itu ada beberapa lagi di negeri lain yang akan bermesyuarat.

Daripada jumlah itu pula dua bahagian iaitu Pekan dan Kepala Batas tidak akan membuat pencalonan seperti yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO.
- 8/11/2008 - Agendadaily

Raduan Md Taib at 9:43 pm
Share

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

DIRECT TO THE POINT

My photo
Kuala Lumpur, Malaysia
View my complete profile
Powered by Blogger.