Saya sekarang ini berada di Chittagong , bandar pelabuhan Bangladesh yang terbesar dan bandar kedua besar selepas Dhaka.
Penduduk Bangladesh berjumlah 140 juta orang. Dhaka, ibu negerinya mempunyai 15 juta orang penghuni sementara Chittagong pula 10 juta.
Pada tanggapan saya negara ini amat kuat berpegang kepada agama Islam tapi keadaan ekonomi agak dhaif. Dari nama-nama orang yang kita jumpa kekuatan Islam nyata kedapatan. Umpanya pada nama-nama mereka. Banyak yang mempunyai nama yang baik-baik seperti Abu Bakar Siddique, Umar Al Khatab, Haqqul Islam, Hidayyatul Islam Nur Yakin, Nur Islam, Suhail, dan nama sahabat seperti Bilal, Abu Hurairah, Annas ibn Malik dan sebagainya.
Pegangan kepada agama Islam yang kuat kuat dan kental dikalangan masyarakat di sini teryata begitu sekali. Boleh dikatakan semua peringkat umur samada remaja, umur pertengahan(middle age) dan orang tua-tua beriktikaf di mesjid-mesjid dengan bersungguh sepanjang bulan Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari Ramadan yang terakhirakhir. Malam tadi misalnya merupakan malam ke duapuluh tujuh Ramadan mesjid adalah penuh dengan maknusia yang tidak tidur semalaman sampai pagi untuk mendapatkan Lailatul Qadar (Malam Seribu Bulan). Mereka yang dapat malam tersebut amalan 1,000 bulan atau amalan 83 tahun. Bayangkanlah mereka disini telah melakukan amalan ini tiap-tiap Ramadan sepanjang hayat mereka. Betapa bertuahnya kehidupan mereka. Walaupun miskin tapi iman mereka kuat.
Amat menakjubkan amalan dan ibadat mereka ini. Perkara ini mungkin ada berlaku di setengah mesjid dan surau di Malaysia. Tetapi tidak meluas seperti disini.
Ini adalah pengalaman baru kepada saya. Ia amat meninggalkan kesan yang mendalam kepada hati sanubari saya yang tidak akan dapat saya lupakan sehingga ke akhir hayat saya.
Walaubagimanapun Bangladesh adalah negara yang dhaif. Pendapatannya adalah dari pengeluaran pakaian yang di jahit dan diekspot ke Amerika dan Eropah. Kedua adalah pendapatan dari tenaga maknusianya yang bekerja di negara seperti Malaysia dan Singapura. Mereka ini akan menghantar duit balik ke negara mereka. Tentera Bangladesh juga kerap bertugas dengan Pasukan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu. Ini turut membiayai perbelanjaan negara.
Pada umumnya jumlah penduduk yang menjadikan kota-kotanya sesak dengan maknusia. Perbandingan yang boleh saya berikan ialah kawasan Chow Kit Road yang penuh sesak dengan maknusia. Cuba gambarkan seluruh Kuala Lumpur penuh sesak seperti keadaan Chow Kit Road. Penuh sesak dengan dengan maknusia. Dhaka ada 15 juta orang sementara Chittagong pula 10 juta.
Sebaliknya Kuala Lumpur penduduknya baru sebanyak 3 juta maknusia. Itu pun banyak aduan mengenai infrastrukturnya seperti jalan yang sesak dan banjir kilat. Kita kena bersyukur dengan keadaan negara yang kaya dengan sumber alam dan jumlah penduduk yang kecil.
Sebagai bandingan Indonesia ada 250 juta penduduk, Filipina lebih kurang 80 juta, India 1.2 billion dan Bangladesh 140 juta. Di negara-negara ini kalau diambil 10% dari penduduknya yang teratas memang elit, mewah dan kaya raya. Anak-anak mereka belajar di Amerika dan Eropah. Bersekolah di Sekolah Antarabangsa(International Schools) . Kemudiannya pergi ke universiti luar negeri dengan perbelanjaan sendiri. Boelh bertutur berbagai bahasa.
Jumlah kelas menengah dalam masyarakat negara-negara ini adalah kecil. Mungkin kelas menengah adalah antara 10 hingga 20%. Kelas menengah terdiri dari para profesional seperti doktor, jurutera arkitek, pegawai tinggi kerajaan dan general tentera dan ketua polis.
Yang lainnya sebanyak antara 50 hingga 60% adalah golongan miskin yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang petang. Mereka terpaksa membuat dua atau tiga kerja untuk menampung kehidupan mereka.
Diperingkat bawah sekali ialah miskin tegar yang mungkin anak-anak mereka tidak cukup makan yang secukupnya dan tidak pula bersekolah. Jadi mereka tidak akan dapat keluar dalam kepompong kemiskinan mereka (forever caught in the vicious circle of their poverty). Mereka ini adalah sumber kepada masalah sosial seperti kemurtadan, gangterisme, penagihan dadah dan sebagainya.
Kebelakangan ini makin bertambah banyak unsur-unsur dan masalah sosial. Banyak orang Islam yang telah menjadi murtad oleh sebab kemiskian. Saya mendapat tahu gerakan mengkristiankan orang Islam telah pun mula menular di negara ini. Gereja memang diketahui mempunyai banyak dana dan ada perancangan yang rapi dalam gerakan mereka. Mereka sedang memberi fokus kepada negara-negara Islam terutama yang banyak penduduknya miskin.
Apakah tindakan kita mengatasi masalah ini? Ia satu masalah yang besar kepada umat Islam sedunia. Alim ulama, pakar ekonomi dan ahli bijak pandai yang sayangkan sesama Muslim perlu duduk berbincang. Ada banyak negara Islam yang kaya raya. Mereka mempunyai tanggungjawab dan amanah keatas kekayaan negara mereka. Pemimpin-pemimpin ini perlu merancang untuk memberi bantuan sistematik kepada saudara seagama dengan mereka. Kekayaan yang diberikan oleh Allah adalah amanah kepada mereka. Adalah kehendak dan tuntutan Allah supaya mereka membantu saudara mereka yang miskin dan dhaif.
Kegagalan berbuat begitu akan mengakibat ramai lagi umat Islam yang akan murtad.
Mereka ini(pemimpin-pemimpin negara Islam yang kaya) akan ditanya dan berhadapan dengan Allah di Padang Mahsar mengenai apa yang mereka lakukan keatas amanah dan kekayaan yang diberikan kepada mereka didunia ini.
Akhir sekali saya sekeluarga mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATHIN kepada semua para pembaca setia yang beragama Islam yang mengikuti blog ini. Salam hormat dari saya hamba Allah yang kerdil.
No comments:
Post a Comment