24 August 2010

Umat Islam Diminta Bertenang?

Pendapat DRT:  Mengapa bila Rumah Ibadat Agama lain di cemar semua pemimpin Negara berpusu datang menziarahi.  Tapi bila Rumah Ibadat Islam dicemari tidak pula ramai yang datang melihat keadaan.  Adakah Rumah Ibadat Islam ini kurang Mulia kah?

 

Umat Islam diminta bertenang?



Mohd. Hasbi Ismail, melihat cermin dan dinding Surau Taman Seri Pulai, Temiang, Seremban, yang disimbah cat, semalam.



SEREMBAN 23 Ogos - Umat Islam di Taman Seri Pulai, Temiang dekat sini dinasihatkan supaya bertenang dan melakukan ibadah solat seperti biasa di surau yang disimbah cat merah dan dilempar botol minuman keras oleh individu tidak bertanggungjawab pagi ini.
Pengerusinya, Mohd. Hasbi Ismail juga meminta ahli kariah dan penduduk di situ supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh menyalahi undang-undang dan menyerahkan siasatan berhubung kejadian berkenaan kepada pihak polis.
"Biarlah polis menjalankan siasatan. Kepada umat Islam dan ahli kariah, teruskanlah datang ke surau ini untuk bersolat dan usah bimbang dengan kejadian yang berlaku itu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam kejadian pukul 1 hingga 5 pagi tadi, sekumpulan ahli kariah yang hendak bersolat subuh berjemaah di Surau Taman Seri Pulai, di situ terkejut apabila mendapati bangunan surau itu disimbah cat merah.
Lebih mengejutkan, surau berkenaan yang baru sahaja beroperasi di situ sejak bulan lalu dilempar botol minuman keras oleh individu yang tidak dikenali.
"Kita berharap, pihak yang bertanggungjawab dengan perbuatan menyimbah cat dan membaling botol minuman keras di surau ini dapat ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan," tegasnya.
Tambah Mohd. Hasbi, insiden ini kali pertama berlaku terhadap surau berkenaan sejak mula beroperasi 24 Julai lalu.
"Kalau ikut kata penduduk di sini, mereka mendakwa kejadian itu berlaku sekitar pukul 3 hingga 4 pagi ini kerana mereka terdengar bunyi botol kaca dipecahkan.
"Jadi apabila ada jemaah yang datang ke surau pagi ini untuk solat subuh sebelum 5.53 pagi, mereka terkejut kerana mendapati pintu utama dan beberapa dinding di surau ini disimbah dengan cat merah.
"Mereka terkejut apabila ada juga serpihan kaca daripada botol minuman keras yang berselerak," katanya.
Mohd. Hasbi berkata, dia juga hairan bagaimana tin cat yang dipercayai digunakan untuk menyimbah surau berkenaan terdapat di belakang rumahnya.
"Saya terdengar bunyi orang melemparkan sesuatu dan apabila diperiksa pagi ini, ia adalah tin cat yang kita percaya digunakan untuk menyimbah surau ini," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Seremban, Datuk Zakaria Nordin turut berada di tempat kejadian.
"Kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kejadian ini. Saya harap semua umat Islam di negeri ini dan di sini bersabar dan bertenang," katanya.
Manakala Zakaria berkata, isu agama ini sensitif dan janganlah pula ia merebak menjadi satu ancaman kelak.

1 comment:

lankaya62 said...

kalau terkena kepada orang melayu, semua disuruh bersabar,dan jangan ambil tindakan.kalau terjadi kepada kaum lain tindakan cepat-cepat diambil tindakan undang-undang mengapa !!!!!!!!! bacul.