12 September 2008

KERAJAAN HARUS TEGAS

Malaysia adalah satu negara berbilang bangsa dan agama. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Agama Islam adalah Agama Resmi.

Majoriti rakyat Malaysia adalah orang Melayu Islam. Kebelakangan ini banyak perkara-perkara yang sensitif kepada orang Melayu telah dipersoalkan dengan begitu saja oleh badan-badan yang sepatutnya lebih perihatin dalam hal ini. Sebagai contoh NGO seperti Majlis Peguam misalnya mengadakan Forum mengenai "Memelok Islam".

Trend mempersoalkan perkara sensitif tanpa menghirau kan perasaan orang Islam makin menjadi-jadi. Dari satu isu kepada isu lain ditimbulkan sejak PRU 12 seperti ada agenda politik besar dibelakangnya. Keadan ini tentunya membawa perasaan kerisauan dikalangan orang Melayu. Kalau ini berterusan akibatnya akan ada kekacauan di negara ini.

Orang Melayu amat terkenal dengan toleransinya terhadapat kaum minoriti. Tapi kalau kita berada di India kaum majoritinya tidak begitu toleran dengan kaum minoritinya. Malah adalah satu kenyataan bahawa banyak orang Kristian dan Islam yang telah di bunuh di Gujerat, Kashmir dan Orissa. Begitu juga di Cina ramai orang Islam di Xingjiang yang ditekan . Malah ada yang dibunuh.

Jadi nampaknya orang Melayu di negara ini pun adalah seperti golongan minoriti pula yang tertekan di negara mereka sendiri.

Adalah perlu untuk kerajaan mengambil langkah tegas terhadap badan-badan NGO. Tindakan juga perlu terhadap pemimpin-pemimpin golongan-golongan yang lupa sejarah ini.

Sebarang langkah kerajaan itu tentunya akan disokong oleh majoriti rakyat yang tidak mahu huru hara di negara ini.

Ia adalah juga untuk memberi amaran kepada mereka yang sudah lupa sejarah negara dan kepada mereka yang bersikap sambil lewa mengenai kebaikan dan toleransi orang Melayu.

RAJA PETRA DITAHAN MENGIKUT ISA



KUALA LUMPUR 12 Sept. — Penulis blog, Raja Petra Kamarudin ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tengah hari ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar ketika mengesah penahanan itu, berkata, tindakan itu terpaksa dilakukan setelah diyakini Raja Petra boleh mengganggu dan mengancam keselamatan dan ketenteraman awam.

“Raja Petra ditahan di rumahnya pukul 1.10 tengah hari di bawah Seksyen 731 Akta Keselamatan Dalam Negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Syed Hamid berkata, tindakan itu diambil setelah pelbagai kenyataan dibuat oleh Raja Petra dalam laman blog Malaysia Today termasuk yang terbaru yang didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad (SAW).

“Kita telah banyak kali memanggil dan menasihatkan beliau berikutan kenyataannya namun beliau masih terus menulis hingga boleh menimbulkan ancaman,” katanya. - Bernama

KDN BERI SURAT TUNJUK SEBAB KEPADA 3 AKHBAR


KUALA LUMPUR 12 Sept. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menghantar surat tunjuk sebab kepada tiga buah akhbar ekoran laporan mereka berhubung perkembangan politik semasa.

Tiga akhbar tersebut ialah The Sun, Sin Chew Daily dan akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Suara Keadilan. - Utusan

RAJA PETRA ARRESTED UNDER ISA


KUALA LUMPUR: Malaysia Today editor Raja Petra Kamaruddin was arrested Friday afternoon under the Internal Security Act.

Three Malaysian newspapers - Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan - were also issued show cause letters by the Home Ministry.

Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar told The Star Raja Petra was detained under Section 73 (1) of the ISA as he was deemed a threat to security, peace and public order.

He said that under Section 73 (1) Raja Petra would be detained for 60 days.

“The police will do an assessment during this period and if they feel he should be held more than 60 days, the police will then refer to me,” he said.

Syed Hamid also confirmed that Sin Chew Daily, The Sun and Suara Keadilan were issued show cause letters.

"They have been given a week to reply," he added.

Raja Petra's wife Marina Lee Abdullah said the blogger was arrested at 1.10pm at their home in Sg Buloh by a team of 10 police officers.

She told The Star that Raja Petra was taken away from their house by the police about 1.50pm.

Raja Petra’s arrest comes a day after the Cabinet ordered the Multimedia and Communications Commission (MCMC) to re­instate access to all blocked websites, including the controversial Malaysia Today.

Energy, Water and Com­mu­nications Minister Datuk Shaziman Abu Mansor said on Thursday the order was made because there were other “harsher” laws in the country, under which authorities could take action against the owners of blogs and websites, instead of blocking it.

“The Cabinet has asked the ministry to direct MCMC to reinstate access to any blocked website with immediate effect.

“At the same time, it is asking MCMC to closely cooperate with the police, the Attorney-General’s Office and the Home Minister to monitor any website or blog to ensure that this does not contain seditious, racist or religiously insensitive remarks.

“Instead of blocking access to offensive websites, the Cabinet wants authorities to investigate and act quickly against the owners of these sites,” he said in Putrajaya. The Star

11 September 2008

ATIKEL SOCIAL CONTRACT 3 - TUN MAHATHIR

Walaupun saya tidak setuju dengan semua yang diperkatakan oleh Tun dalam artikel nya tapi saya setuju dengan kebimbangan beliau yang sekarang ini muncul golongan kecil dikalangan profesyenal Melayu yang sudah sanggup dan setuju supaya Dasar Ekonomi Baru di hapuskan.

Bahkan mereka setuju dengan kerajaan yang dikuasai oleh orang bukan Melayu.
Walaupun golongan ini kecil mereka ini adalah anasir yang merbahaya. Mereka sudah lupa bahawa tahap kemiskinan dan kemunduran orang Melayu umumnya adalah masih jauh tinggal dibelakang berbanding kaum Cina.

Timbul juga perasaan gelisah dikalangan orang Melayu yang mungkin mencetuskan keadaan seperti 13 Mei dahulu

Kita tidak mahu Malaysia menjadi Singapura yang kedua. Kemungkinan ini akan berlaku adalah besar jika kita tidak berjaga-jaga dari sekarang.

DEB dan Agenda Melayu masih relevan dan harus di teruskan.

Kita masih perlu kerajaan yang bertunjangkan orang Melayu iaitu UMNO. Kita harus ambil langkah-langkah yang berani dan bertenaga dalam hal ini iaitu yang bersangkut paut dengan hal survival bangsa kita.

'WE DID NOT PLAY UP AHMAD'S SPEECH' ! ?

THE STAR

PETALING JAYA: Chinese language newspaper Sin Chew Daily has denied playing up the speech by Bukit Bendera Umno chief Datuk Ahmad Ismail, which was criticised by various Chinese leaders.

The daily, in a statement, said the story consisted of only three short paragraphs and appeared on page eight as a side-bar to the main article, a report on the speech made by Umno deputy president Datuk Seri Najib Tun Razak at the same event.

The statement said the report only contained 144 words, and was a mere 1.89% of the total layout of that page.

“The reporter was reporting the event factually and did not have any intention of playing up Ahmad’s speech,” it added.

The statement said the daily adhered to high ethical and editorial standards.

“We only seek to publish news on a timely, accurate and unbiased basis. There are no hidden agendas. We stand by our story,” it said.

10 September 2008

MELATIH ANAK BERPUASA RAMADAN

ORANG kita seringkali mengungkapkan pepatah, “melentur buluh biarlah daripada rebungnya” bagi menggambarkan keberkesanan pendidikan kanak-kanak. Pentarbiahan yang berjaya terhadap generasi muda sememangnya perlu dimulakan dari peringkat kecil lagi.

Pepatah tersebut menjadi kata-kata semangat dan perangsang yang berkesan kepada ibu bapa, para pendidik dan masyarakat dalam menyemarakkan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang konsisten dengan harapan dapat membina belia yang berpendidikan dan berakhlak mulia.

Pengajaran tentang solat lima waktu kepada kanak-kanak secara bersungguh- sungguh hendaklah bermula apabila mereka berusia tujuh tahun, begitu juga puasa pada bulan Ramadan sepatutnya juga dilatih pada usia ini.

Ibadat puasa walaupun secara praktikalnya amat sukar untuk mereka tunaikan tetapi realitinya ramai dalam kalangan mereka yang berjaya menghabiskannya sehingga ke penghujung Ramadan. Sebab itu, ramai ibu bapa yang berusaha mengasuh anak-anak berpuasa dan mendorong mereka supaya meneruskannya sehingga sebulan.

Cara sebegini diamalkan oleh generasi para sahabat terdahulu dalam mentarbiah anak-anak mereka supaya menghidupkan amalan Islam dalam kehidupan mereka bermula dari seawal usia agar mereka kekal kental hingga ke usia dewasa, seperti kata pujangga Arab, “pembentukan anak semasa kecilnya umpama memahat di atas batu.”

Seorang ibu pada zaman Nabi SAW yang bernama Ar-Rubayyie binti Mu’awwiz memberitahu: Ketika bulan puasa, anak-anak kecil kami turut sama dididik berpuasa. Apabila ke masjid (untuk menunaikan sembahyang fardu) bersama mereka, kami menyiapkan untuk mereka permainan (yang diperbuat) daripada benang. Apabila salah seorang mereka menangis kerana lapar (berpuasa) kami berikannya permainan tersebut (supaya dia leka bermain) sehinggalah ke waktu berbuka (puasa). (riwayat Bukhari dan Muslim)

Umumnya, pendidikan puasa kepada kanak-kanak dilakukan secara beransur-ansur mengikut kemampuan kesihatan dan ketahanan diri mereka bermula dari usia tujuh hingga 10 tahun.

Mereka sebenarnya didedahkan dengan ibadat puasa melalui pemerhatian dan pengamatan sendiri daripada suasana sekeliling kehidupan rumah mereka, jiran tetangga dan persekitaran tempat belajar.

Terkadang timbul semangat dan keghairahan dalam diri mereka untuk turut sama menghidupkan amalan berpuasa bersama keluarga.

Justeru, amatlah wajar ibu bapa terus membimbing dan mendorong mereka supaya meneruskan cita-cita mereka untuk berpuasa mengikut kehendak dan kekuatan sendiri sama ada dapat bertahan selama beberapa jam atau menghabiskannya sepanjang satu hari, dan begitulah seterusnya.

Pertambahan sifat ketabahan hati dan kesabaran diri dalam menahan lapar dan dahaga menyemarakkan lagi kekuatan dalaman bagi mempraktikkan amalan keagamaan yang berpaksikan pengabdian diri kepada Allah.

Sekiranya ada dalam kalangan mereka yang tidak dapat bersabar lalu meminta untuk berbuka puasa, ibu bapa hendaklah membenarkannya dan meraikan kemahuannya. Perkara sebegini amat perlu diberi perhatian sewajarnya agar ia dapat terus menggalakkan anak tersebut menyambung lagi puasa untuk esok hari.

Biasa terjadi, anak-anak akan bosan dan enggan meneruskan puasa pada hari kedua apabila permintaannya untuk berbuka pada hari pertama tidak dipersetujui oleh ibu bapa. Mereka lantas menganggap ibadat puasa itu tidak lain melainkan ‘menyusahkan diri’ dan membebankan.

Perlu juga difahami bahawa kanak-kanak yang menjalani ibadat puasa apabila terasa lapar dan dahaga, mereka diberi dua pilihan iaitu berbuka kerana tidak tahan menanggung lapar dan dahaga (yang menjadikan ibu bapa merasa tenteram dengan keadaan kesihatannya), atau dia cuba meneruskan puasanya dan menunjukkan kesungguhannya dalam beribadat kepada Allah SWT (maka ibu bapa lebih terasa aman dan tenteram dengan pengorbanan anak tersebut).

Menghargai

Kerana itu, alangkah baik jika ibu bapa dapat menyediakan hadiah atau saguhati bagi menghargai kesungguhan anak-anak dalam melakukan sebarang ibadah kepada Allah terutama solat dan puasa di samping membekalkan kata-kata semangat dan panduan buat mereka.

Biasa terjadi di negara kita, bulan puasa jatuh pada hari-hari persekolahan. Maka bagi kanak-kanak yang baru belajar berpuasa hendaklah mereka diberikan kelonggaran untuk berpuasa pada tempoh waktu persekolahan dan berbuka apabila sampai ke rumah pada waktu tengah hari (petang), ataupun sebaliknya berpuasa hanya di rumah setelah pulang dari sekolah.

Ibu bapa berperanan penting dalam memahamkan anak-anak tentang roh berpuasa dengan memberikan penjelasan bahawa ibadat puasa adalah kefarduan dan tanggungjawab seorang muslim, bukanlah bertujuan menyusahkan mereka.

Bahkan ia dapat menanam sifat prihatin terhadap kesusahan dan penderitaan yang senantiasa ditanggung oleh mereka yang tidak berkemampuan.

Puasa melatih diri supaya bersabar dan menanggung kejerihan hidup dalam suasana ketaatan dan keimanan kepada prinsip qada dan qadar.

Ibadat puasa bermaksud menyekat kejahatan percakapan lidah dan anggota tubuh daripada menyakiti orang lain, mengawal pandangan pancaindera daripada disebarkan kepada perkara yang diharamkan Allah.

Bulan Ramadan adalah anugerah Allah yang amat bernilai, kerana itu ia tidak sewajarnya dipersia-siakan dengan perlakuan yang menyanggahi ketentuan hukum-hakam syariat.

Alangkah baik jika ibu bapa menginsafi bahawa kejayaan hakiki adalah di negeri akhirat, di mana setiap orang beriman dan beramal soleh bakal ditempatkan di syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.

Sewajarnya kita mendidik diri dan keluarga mempersiapkan sebaik-baik bekalan untuk ke sana sebelum waktunya dan mengawasi diri daripada melanggari titah perintah Allah.

lNAZMI AIDARUS ialah Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Mufti Terengganu

6 August 2008

MAJLIS EKONOMI DITUBUH - BADAN PENASIHAT BAGI MENANGANI MASALAH INFLASI, KELEMBAPAN EKONOMI - PM

PUTRAJAYA 5 Ogos – Kerajaan hari ini menubuhkan Majlis Ekonomi yang berperanan sebagai badan penasihat bagi menangani masalah inflasi dan kelembapan ekonomi dunia yang memberi kesan kepada negara.

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata, majlis yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi itu akan dianggotai menteri-menteri ekonomi serta wakil-wakil sektor kerajaan dan swasta.

Menurut kenyataan itu, Majlis Ekonomi dengan keanggotaan 40 orang akan mengambil alih peranan Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi dan Majlis Membanteras Inflasi Negara yang menumpukan perhatian kepada usaha menyelesaikan isu-isu berhubung kenaikan harga barang.

Struktur dan modus operandi majlis itu akan dirangka untuk membolehkan ia berfungsi dengan cekap manakala keputusan-keputusannya dapat dirumuskan dengan cepat agar segera dilaksanakan.

Antara peranan Majlis Ekonomi adalah:

- Memantau dan menganalisis aliran dan perkembangan ekonomi domestik dan antarabangsa;

- Menggubal strategi untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan menggalakkan pelaburan dalam dan luar negara;

- Mengenal pasti cara untuk mengawal keadaan inflasi dan merancang strategi memastikan pembekalan yang kukuh ekoran kenaikan harga minyak, komoditi dan makanan;

- Menilai semula kaedah atau sistem pemberian subsidi dan kawalan harga bagi mengurangkan gangguan dalam ekonomi;

- Merangka satu jaringan keselamatan sosial yang komprehensif bagi mengurangkan impak kenaikan kadar inflasi dan kelembapan ekonomi terhadap golongan berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri, ekonomi dunia telah sekian lama menikmati kadar pertumbuhan yang baik.

Namun, keadaan ekonomi semasa adalah lebih sukar dan tidak menentu berpunca daripada faktor-faktor seperti kenaikan harga komoditi makanan dan bahan api.

“Keadaan ini menuntut negara menyediakan dasar dan strategi khusus agar pertumbuhan ekonomi dapat dikekalkan sebagaimana yang disasarkan, inflasi adalah terkawal dan rakyat dapat terus menikmati kehidupan yang berkualiti terutama bagi golongan yang tidak berkemampuan,” menurut kenyataan itu.

Sehubungan itu, kenyataan itu menjelaskan, Majlis Ekonomi akan menyediakan pendekatan bersepadu serta dasar-dasar yang telah dikenal pasti mampu menangani segala isu dan cabaran yang dihadapi.

Menurutnya, penubuhan majlis itu akan membantu kerajaan memperkemas dan menyelaraskan dasar-dasar dan prosedur sedia ada bagi merangsang pertumbuhan ekonomi bagi menghadapi sebarang ketidaktentuan yang mungkin berlaku.

Sementara itu, di KUALA LIPIS, Abdullah berkata, pihak swasta mempunyai pelbagai kaedah untuk mengurangkan kos perkhidmatan atau harga produk mereka bagi membantu meringankan beban rakyat.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan projek Agropolitan Gahai, Lipis, dekat sini, beliau berkata, Majlis Ekonomi itu juga bagi melihat kemampuan pihak swasta untuk mengambil tindakan membantu kerajaan mengurangkan beban rakyat.

“Saya sebut dua contoh sebagai usaha memberi tambahan pendapatan kepada golongan berpendapatan rendah dan petani seperti memberi benih dan pokok buah- buahan. Ini antara langkah yang diambil pihak swasta. Syarikat lain boleh membantu cara lain.

“Yang kedua ialah berkaitan bas untuk kenderaan awam. Sekarang minyak sudah naik, Keinginan untuk guna bas semakin meningkat dan tambang bas mungkin lebih murah lagi berbanding guna kereta.

“Misalnya, sebuah syarikat swasta beli bas dan serah kepada sebuah agensi di Johor. Mereka tolong ambil dua pemandu ambil satu bas, memberi perkhidmatan dan bantuan minyak, jadi rakyat akan dapat tambang percuma atau bayar sedikit sahaja,” katanya.

Selain itu, tambah beliau, pemilik pusat beli-belah juga boleh membantu rakyat dengan mengurangkan kadar meletak kereta atau memberikannya secara percuma selain menurunkan sewa ruang niaga kepada peniaga kecil.

Menurut beliau, walaupun peranan pihak swasta itu dianggap kecil tetapi jika melibatkan banyak pihak, ia mampu memberi impak besar dalam mengurangkan beban rakyat.

Terdahulu dalam ucapannya, Perdana Menteri memberitahu, Majlis Ekonomi yang ditubuhkan semalam akan mengadakan perbincangan minggu depan.

26 July 2008

PERTEMUAN UMNO-PAS SELESAIKAN BANYAK MASALAH


KUALA LUMPUR 25 Julai - Pertemuan antara UMNO dan Pas akan dapat menyelesaikan banyak masalah terutama berkaitan dengan usaha memelihara kesucian agama Islam serta isu-isu membabitkan perpaduan orang Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, semua pihak wajib mendoakan supaya hasrat yang lahir daripada UMNO dan Pas itu akhirnya menjadi kenyataan.

Beliau menegaskan, pertemuan itu amat dinanti-nantikan oleh masyarakat Melayu kerana ia melibatkan kepentingan mereka dan Islam.

"Saya yakin kedua-dua parti akan menemui satu titik persefahaman dalam setiap perjumpaan yang bakal diadakan kelak.

"Sebagai sebuah negara yang majoriti penduduknya adalah orang Melayu yang beragama Islam, sememangnya ia menjadi satu peristiwa yang amat ditunggu-tunggu oleh kita semua,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib semalam bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu pertemuan UMNO dengan Pas diteruskan demi kepentingan rakyat dan agama Islam.

Kata Muhammad, perkara itu ditekankan oleh Abdullah ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Menurut Muhammad, Perdana Menteri memberitahu umat Islam tidak boleh berbalah walaupun terdapat perbezaan pendapat tentang soal-soal pentadbiran kerana daripada segi agama, perlu ada kerjasama dan persefahaman antara UMNO dan Pas yang mewakili kepimpinan Islam.

Dalam pada itu Mohamed Khaled berkata, masyarakat bukan Islam tidak perlu khuatir ekoran perkembangan tersebut.

Jika itu berlaku beliau berkata, ia merupakan sesuatu yang amat menghairankan kerana sememangnya menjadi tanggungjawab UMNO mahu pun Pas untuk memastikan kepentingan Islam dan Melayu di negara ini tidak terjejas.

"Urusan yang berkaitan dengan Islam dan orang Melayu merupakan hak kita dan kita akan menguruskannya dengan sebaik-baiknya.

"Namun begitu orang bukan Islam tidak harus bimbang kerana apa yang kita lakukan ini tidak akan menjejaskan kepentingan mereka. Kepentingan mereka tetap akan terpelihara,'' katanya.

7 July 2008

PM RASMI EPG MALAYSIA-INDONESIA SEMPENA D8


07/07/2008 - Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 7 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan merasmikan Mesyuarat Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) Malaysia-Indonesia sempena Sidang Kemuncak Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D-8) petang ini.

Turut menghadiri mesyuarat tersebut ialah Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono.

Kumpulan EPG Malaysia-Indonesia mempunyai tanggungjawab untuk meninjau, berbincang dan mencari penyelesaian mengenai segala isu termasuk berkaitan ekonomi, kebudayaan dan agama melibatkan kedua-dua negara.

Anggotanya, masing-masing tujuh dari Kuala Lumpur dan Jakarta akan menyalurkan pandangan yang akan disampaikan kepada kerajaan masing-masing agar pemerintah dapat menentukan jalan penyelesaiannya.