18 December 2007

BISIK-BISIK OLEH AWANG SELAMAT DI UTUSAN MALAYSIA

Belum pun 'kering' isu ancaman Hindraf, ada pula permintaan daripada Gabungan NGO
India yang mahukan jabatan hal ehwal bukan Islam.

Pada Awang, permintaan tersebut tidak kena pada masanya. Gabungan NGO India sepatutnya terlebih dahulu menunjukkan komitmen besar menentang pelampau daripada kalangan kaum itu.

Jika masyarakat Melayu termasuk UMNO sanggup mengambil risiko dalam memerangi ekstrimisme dan pelampau Islam selama ini demi keharmonian semua, NGO India juga harus berbuat demikian.

Selain itu, apa yang diminta itu tidak wajar. Ia seakan mahu hak yang sama dengan agama Islam- agama resmi sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan.

Awang harap penjelasan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak dalam hal tersebut diamati dengan semangat yang betul. Tanpa jabatan khas sekalipun, orang bukan Islam terus mendapat pembelaan menerusi banyak mekanisme yang ada.

Antara buktinya kebebasan beragama, kemudahan banyak rumah ibadat dan sambutan perayaan semua agama secara besar-besaran.

Atas nama tanah air tercinta, janganlah kita terlalu banyak meminta. Fikirkanlah sama untuk memberi.

Awang - Pertahan kontrak sosial

AWANG SELAMAT


No comments: