21 May 2009

Cebisan suara orang Melayu

Melayu Raya said...


Tolong bagi tau dekat PM atau org besaq UMNO, kepentingan Melayu kena jaga dulu baru yg lain, kalu majoriti rakyat Melayu tak sokong UMNO, bangsa lain janganlah harap nak sokong, jika UMNO kuat yg lain TERPAKSA ikut! Ketua penerangan UMNO atau apa2 aje jawatan dalam UMNO yg nak terang ni kenalah buat kerja betui2, jangan cuma nak bercakap dlm TV, Radio, Surat Khabar atau bila ada majlis2 besar perjumpaan dgn org ramai atau org kampong saja baru nak buat penerangan.


Pi la buat ceramah disurau2 ka, masjid ka dan perjumpaan dgn ketua2 kampung setiap minggu ka, bulan ka kalu pun bukan setiap hari. Ni la yg depa puak PR dok buat tanpa jemu2, hari2 kutuk kerajaan, UMNO dan pemimpin dlm cermah2, kalu tiap2 hari2 didakyah dgn kontrovesi2 dan kesalahan UMNO tanpa dibela balik, lama lama org kampung dan rakyat Melayu khas nya termakan juga la, kalu tak balas balik!
UMNO MULAI SEKARANG KENA LAWAN BALIK IKUT RENTAK PR, JANGAN BERTAHAN SAJA, JANGAN DEFENSIF SAJA, SEKARANG BUKAN MASANYA KITA DOK BERTAHAN.

3 comments:

Anonymous said...

Salam buat RADUAN MD TAIB

Bagus dan bernas teguran anda tu...

Masaalahnya :

Penerangan diberi mestilah TEPAT
ini ada pulak kata 1 Malaysia ada yang tersirat maksudnya...kononnya kata To Ketua ...kan Bahaya namanya

Penerangan bahawa UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO...bagaimana ???

Penerangan bahawa yang banyak melemahkan semangat orang Melayu sendiri..Sindrom Tak Pa lah, Gasak Pi lah, Cakap tak serupa bikin lah dan banyak lagi yang masih menular pada orang Melayu...yang di sampaikan oleh orang UMNO sendiri baik di cawangan, bahagian dan pusat....

Mengaku lah kini UMNO di ambang KEGOPOHAN dan KEKALUTAN dimana mana

Sesungguhnya Allah jua Maha Mengetahui

Wallah Hualam

zainudin said...

salam,

Setuju dengan pandangan itu tetapi kita ni terlalu baik sangat. Sesekali kena pangkah juga puak-puak ni.

http://gayugman9.blogspot.com

Raduan Md Taib said...

Sdr Anonymous,

Saya kurang faham apa 'message' yang hendak sdr sampaikan.

Dalam posting saya "cebisan suara orang Melayu" saya memetik Sdr Melayu Raya yang antara lain ingin meluahkan perasaannya kepada Pemimpin UMNO supaya 'be on the offensive' terhadap pkr, pas dan dap. Serang mereka balik. Kerajaan pr ini bukan tranparent sangat. Mereka juga ada banyak kelemahan.

Sejak pr memerintah Penang, Selangor selama setahun lebih dan Perak selama 11 bulan mereka juga telah banyak menyalahgunakan kuasa dan terlibat dengan rasuah.

Di Penang isu Fairuz dengan quari, isu Puan Aminah cuba dibeli dan diberi jawatan.

Di Selangor isu adun yang bogel, isu lembu di beri oleh syarikat Kerajaan Selangor ke Parlimen Bandar Tun Razak kawasan Khalid, isu Khalid guna duit kerajaan selengara keretanya sendiri.

Di Perak Nizar beri kawasan2 balak kepada kroni-kroninya, .

Semua ini salah guna kuasa dan rasuah. UMNO patut bangkitkan dan serang pr.

Tunjukkan pr bukanlah sebersih , seadil dan sesuci(mana boleh suci jika ada adun bogel) yang ia cuba tampilkan kepada rakyat. Semuanya satu penipuan besar sahaja!!!

Cakap tidak serupa bikin. Walk the talk, please!!!