Saya sekarang ini berada di New Delhi. Baru sahaja sampai dari Mumbai. Saya mula sampai di India pada 26 hb Jun yang lalu. Masa itu suhu Delhi mencecah 46 % celsius. Rasa seperti dalam 'oven' bahangnya. Di Mumbai musim hujan dan sejuk. Bila balik ke Delhi hari ini cuaca Delhi telah menurun ke 35 % celcius. Lebih kurang macam Malaysia.
Hari ini baru dapat buka internet. Banyak lihat dan baca cerita menarik di Malaysia. Keadaan selsema babi yang telah banyak memakan nyawa. 'Boss' lama saya semasa di Bank Bumi, Dato Seri Syed Hamid Albar telah mula menulis blognya sendiri Syed Hamid Albar dotnet. Selamat datang boss, ke dunia cyber.
Yang menarik ialah Anwar Ibrahim yang telah dilabel oleh Tan Sri Muhyiddin sebagai pengkhianat bangsa Melayu. Anwar saman Muhyiddin RM100 juta. Umno Johor Baru laungkan label yang sama dan minta Anwar saman mereka. Umum telah telah mengetahui hakikat ini. Cuma beliau licik. Tapi sepandai-pandai tumpai melompat satu hari ia akan terjatuh juga. Hari tersebut akan tiba tidak lama lagi.
Juga turut menarik adalah makin kurang ajar dan celuparnya DAP sekarang ini. Sudah berani mencarutkan Agama Islam. Tidak kah mereka ini tahu bahwa Agama Islam adalah Agama Resmi Malaysia. Kerajaan mesti mengambil tindakan tegas sebelum kemarahan orang Islam makin memuncak. DAP dan orang Cina yang chauvanis ini harus di ambil tindakan tegas supaya mereka tidak berlumba-lumba cuba menjadi 'hero' kampung kepada masyarakat Cina. Masyarakat Cina harus diberi tahu orang Melayu tidak suka tindak tanduk pemimpin cina yang chauvanis ini.
Cuba kita bandingkan keadaan di India. Sebelum ia merdeka dahulu orang Islam merupakan pekerja kakitangan awam sebanyak kira-kira 33%. Sekarang selepas India merdeka selama 62 tahun kakitangan kerajaan yang beragama Islam hanya tinggal 3%.
India mengamalkan demokrasi. Malaysia juga demokrasi. Cuma Kerajaan Malaysia terlampau toleran. Kerajaan India tidak kisah pun. Apa dia mahu dia jalankan. Sampai bila kita mesti toleran. Mula-mulanya kita haru perlemahkan mereka yang dilabel Muhyiddin sebagai pengkhianat.
Itu langkah pertama.