2 November 2009

Sifat Kasih Sayang Dan Saling Menghormati Sesama Insan

Didalam kehidupan kita sehari-hari kita harus mempunyai sifat sayang menyayangi dan hormat menghormati sesama kita.

Sifat kasih sayang ini termasuklah menghormati sesama insan. Kita hormati orang-orang yang lebih tua dari kita. Kita muliakan orang yang berilmu dan kita hendaklah menyayangi kanak-kanak.

Segala keperluan sahabat dan rakan, kita cuba penuhi yang termampu oleh kita. Apa-apa pertolongan yang mereka minta yang munasabah dan terdaya kita cubalah beri bantuan.

Kalau ada saudara-mara atau rakan taulan yang sakit kita hendaklah cepat-cepat menziarahi mereka. Bawalah hadiah atau buah tangan untuk diberikan supaya mereka merasa terhibur denganan kedatangan kita menziarahi mereka yang tidak sihat itu.

Adalah dikatakan bahawa rahmat Allah akan turun kepada orang-orang yang menziarahi orang sakit.

Begitu juga jika kita bersama-sama menjaga orang yang sakit itu, rahmat Allah akan menyelubungi kehidupan kita. Alangkah bertuahnya orang yang bersifat kasih sayang yang diselubongi oleh rahmat Allah seperti ini.

Jiwa kita akan tenang. Tidak ada kerisauan. Kerisauan inilah punca 'stress' dan tekanan kehidupan dunia moden ini.

Stress adalah punca banyak penyakit seperti penyakit jantung, angin akmar dan barah.

Bila seseorang itu mengasihi dan senantiasa memaafkan kesilapan saudara mara dan rakan taulannya tentulah hidupnya akan jadi tenang dan tiada apa-apa yang menggangu fikirannya.

Ia bersangka baik kepada semua orang. Ia merasa dia yang bersalah bukan orang lain. Ia merasa dialah yang penuh kekurangan bukan orang lain. Orang lain semuanya baik-baik dan sempurna. Dia yang perlu memperbaiki akhlaknya yang masih serba kekurangan.

Dia banyak diam dari bercakap. Dia senantiasa cuba mengislah dirinya. Memperbetulkan dirinya.

No comments: