13 January 2010

Pendirian Sultan Selangor Mengenai Kalimah Allah

>>Ketika isu pengunaan kalimah Allah oleh suratkhabar Herald terus menjadi
>> bualan sementara menunggu rayuan Kementerian Dalam Negeri di mahkamah
>> Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah telah mengeluarkan titah
>> perintah yang spesifik untuk negeri itu.
>>
>>
>>Baginda selaku Ketua Agama Negeritidak membenarkan pengunaan kalimah Allah
>> oleh agama lain di Selangor.
>>
>>Titah itu disampaikan kepada Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),
>> Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa dalam pertemuan beliau serta Mufti Selangor
>> Datuk Mohd. Tamyes Abdul Wahid dan pegawai tinggi MAIS dengan baginda di
>> Istana Mestika pada 5 Januari lalu.
>>
>>Pendirian baginda itu bertujuan memelihara akidah umat Islam serta menjaga
>> keharmonian beragama setiap rakyat di Selangor.
>>
>>Mohamad Adzib memberitahu demikian kepada wartawan selepas majlis taklimat
>> dan perbincangan dengan 38 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di masjid
>> negeri di Shah Alam Isnin.
>>
>>Serentak dengan itu Mohamad Adzib memberitahu bahawa MAIS berpendirian
>> keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31 Disember lalu membenarkan
>> Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah tidak selaras dengan
>> Perlembagaan Persekutuan.
>>
>>Menurutnya ini kerana Perlembagaan menetapkan Islam agama rasmi Persekutuan
>> dan keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Ugama Bukan Islam
>> (Kawalan dan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988 yang digubal
>> berasaskan Perkara 11(4) Perlembagaan Negara.
>>
>>Beliau berkata mahkamah bukan forum sesuai untuk membicarakan aoal
>> pengunaan kalimah Allah.
>>
>>Ini kerana ia perkara ‘non-justiciable’ di bawah bidang kuasa raja-raja
>> Melayu.
>>
>>Pengerusi MAIS itu memberitahu lagi bahawa turut meminta MAIS memaklumkan
>> kepada rakyat tentang wujudnya undang-undang menghalang pengunaan kalimah
>> Allah dalam agama bukan Islam.
>>
>>Larangan itu termaktub dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan dan
>> Perkembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.
>>
>>Malah, jelas beliau, larangan juga diputuskan Jawatankuasa Fatwa negeri
>> pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah khusus untuk umat Islam dan
>> tidak boleh digunakan atau dimasukkan dalam agama lain.
>>
>>Mohamed Adzib turut memohon campur tangan Majlis Raja-raja selaku Ketua
>> Agama Islam negeri-negeri selaras sumpah raja-raja Melayu untuk
>> mempertahankan Islam pada setiap masa.
>>
>>Beliau menegaskan Kerajaan Persekutuan perlu menetapkan kes-kes berkaitan
>> agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil terutama melibatkan
>> Hakim bukan Islam,” katanya.- 11/1/2010
>>
>>

1 comment:

Anonymous said...

Sultan yang tegas Sultan yang bertanggung jawab!!!
Ini lah contoh seorang Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam, Agama Rasmi Negara Malaysia.