17 July 2010

Lebih Ramai Cari Hartanah Untuk Pelaburan

Pendapat DRT:  Apakah yang kita dapat pelajari dari kajian iProperty.com ini??  Kita perlu gunakan wang simpanan kita untuk beli hartanah umumnya dan rumah kedai khasnya.  Pada mereka yang ada rumah atau rumah kedai yang telah langsai pembayarannya yakni 'free from encumberances' bolehlah rumah atau rumah kedai tersebut di 'refinance' semula.  Dengan duit dari 'refinancing' ini bolehlah beli rumah kedai di lokasi yang strategik.  Pada saya adalah lebih baik membeli hartanah di lokasi yang strategik dari membeli saham.  Krisis Ekonomi Asia Tenggara 1997 telah banyak memberi pengajaran kepada saya.  Semenjak itu saya tidak main Pasaran Saham dan Saham Syarikat yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur lagi. Saya tidak mahu tertipu dua kali. 

 

Lebih ramai cari hartanah untuk pelaburan

KUALA LUMPUR 16 Julai - Kaji selidik aliran pengguna iProperty.com bagi separuh pertama tahun ini menunjukkan lebih ramai rakyat Malaysia mencari hartanah bagi pelaburan.
Kaji selidik dalam talian yang dikendalikan oleh laman web iProperty.com Malaysia, disertai 500 responden dan disasar untuk mendapatkan pemahaman mendalam tentang pembeli hartanah Asia, termasuk motivasi bagi membeli hartanah dan bajet.
Laman web hartanah itu dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, daripada 500 responden, 47 peratus merancang untuk membeli rumah manakala 31 peratus adalah pelabur yang mahu mengembangkan portfolio kewangan mereka dengan hartanah.
Kaji selidik itu menunjukkan motivasi untuk melabur bagi pendapatan sewa turun pada 2010 manakala pelaburan hartanah bagi pertumbuhan modal meningkat.
Ia juga berkata, peningkatan kecenderungan kepada untung daripada jualan semula ini dikaitkan dengan kenaikan harga hartanah, ketika pasaran hartanah Malaysia terus bertambah baik.
Sejumlah 43 peratus responden berada dalam hartanah mewah bernilai antara RM400,000 hingga RM5 juta Ini mewakili kenaikan 16 peratus bagi permintaan hartanah mewah dengan segmen RM500,000 hingga RM1 juta sahaja meningkat sebanyak 10 peratus.
Kaji selidik itu menunjukkan bahawa harga hartanah yang meningkat, pulangan sewa yang lebih baik dan keuntungan jualan semula yang tinggi, menjadi antara alasan kepada peningkatan permintaan bagi hartanah mewah.
"Ketika keyakinan dalam pasaran hartanah meningkat, kami melihat lebih ramai pembeli dan pelabur rumah beralih kepada hartanah mewah sebagai satu kaedah untuk meraih keuntungan daripada peningkatan modal dan mengembangkan portfolio kewangan mereka," kata Pengurus Negara iProperty.com Malaysia, Ken Tsurumaru.
Bagi menampung permintaan yang semakin meningkat bagi hartanah mewah, beliau berkata Pameran Hartanah Koleksi Mewah Eksport iProperty.com yang akan datang akan menjadi pameran seumpamanya yang terbesar di Malaysia, mempamerkan perkembangan hartanah dari seluruh dunia.

No comments: