16 January 2009

SANDIWARA DAP TARIK UNDI

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Tindakan DAP mahu menarik diri daripada pakatan pembangkang sekiranya Pas bertekad melaksanakan hukum hudud dan qisas merupakan sandiwara terkini parti itu dan pakatan pembangkang bagi menarik sokongan rakyat.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia merupakan sandiwara yang dirancang oleh pakatan pembangkang bagi meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu ini.

"Ia sandiwara semata-mata apabila DAP menyatakan tidak mahu hudud di hadapan pengundi Cina tetapi pada masa sama, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu pengundi Melayu yang parti mereka menerima hudud," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Pengerusi DAP, Karpal Singh dilaporkan mengancam untuk menarik diri daripada pakatan pembangkang sekiranya Pas masih mahu melaksanakan hukum hudud dan qisas apabila pembangkang menerajui negara ini.

Pas pula mengambil jalan selamat apabila mengelak daripada memberikan reaksi jelas berhubung ancaman DAP itu dengan mendakwa ia tidak berbangkit sama sekali.

No comments: