Sebagai pemerhati politik Selangor dan anak jati Selangor saya mempunyai beberapa kriteria mengenai perlantikan Ketua Perhubungan Umno Selangor yang baru.
Pertama beliau mestilah seorang yang ada jawatan dalam parti Umno pada peringkat Majlis Tertinggi(MT). Maknanya seseorang itu mestilah telah memenangi jawatan politik dalam Perhimpunan Umno baru-baru ini.
Keduanya ia mestilah seorang pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan tidak ada sebarang kontroversi atau ada latar belakang yang banyak persoalan.
Ketiga ia mestilah mesra rakyat dan mendapat penerimaan oleh sebilangan besar rakyat Selangor kerana 'track record'nya yang bersih, efektif dan boleh berkerja.
Berlandaskan kriteria-kriteria tersebut diatas pilihan pertama saya ialah menyarankan supaya Dato Seri Najib sendiri sebagai Ketua Perhubungan Selangor dan Dato Noh Omar sebagai Timbalan Ketua Perhubungan.
Dalam senario ini kehadiran Dato Seri Najib akan menguatkan jentera Umno Selangor untuk merampas balik negeri itu dari tangan kerajaan pembangkang PR sekarang menjelang PRU 9. Sementara Dato Noh Omar pula adalah satu-satu Menteri Pusat dari Selangor. Beliau pula menjaga Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Satu Kementerian yang besar dan penting dengan bajet RM 3 billion.
Alternatif kedua saya ialah Dato Noh Omar sebagai Ketua Perhubungan Umno Selangor yang baru. Dengan jawatannya sebagai Menteri Persekutuan beliau akan dapat menguatkan jentera Umno dan Barisan Nasional di Selangor. Tambahan pula dalam pertandingan MT baru-baru Dato Noh mendapat tempat kedua tertinggi. Ini satu pencapaian yang membanggakan seluruh ahli Umno Selangor.
Sekiranya Dato Seri Najib melantik Dato Noh Omar sebagai Ketua Perhubungan Selangor yang baru, saya ingin menyarankan agar Timbalannya mestilah dari kalangan Ketua Bahagian Umno yang juga ADUN Dewan Negeri. Antara nama-nama yang boleh saya nyatakan disini ialah Dato Mohd Idris Abu Bakar dan Raja Ideris Raja Ahmad.
Mereka adalah ADUN dan juga masing-masing adalah Ketua Bahagian Umno Hulu Selangor dan Sabak Bernam. Yang penting dan utama mereka ini mempunya rekod bersih dan tidak ada sebarang kontoversi dalam kerjaya politik mereka sebelum ini.
Pada hemat saya pemimpin-pemimpin Umno Selangor yang ada kontroversi atau mempunyai sejarah yang kurang baik tidak perlu dilantik sebagai Timbalan Ketua Perhubungan Umno.
Berhubung dengan isu ini adalah disarankan agar Dato Seri Najib menukar Ketua Pembangkang DUN Selangor dengan muka baru yang kurang kontroversi. Penyandangnya sekarang seperti kita sedia maklum adalah penuh dengan kontroversi. Mana tidaknya dengan isu lawatan-lawatan ke Disneyland dan Disney World yang menelan belanja berjuta-juta ringgit duit BALKIS hasil sumbangan dari anak-anak syarikat Kumpulan Darul Ehsan(KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) yang merupakan badan-badan pelaburan Kerajaan Selangor.
Segala salah guna perbelanjaan ini telah menjadi pengetahuan umum kerana telah didedahkan oleh pegawai kanan Permodalan Negeri Selangor Bhd(PNSB) sendiri. Ia tidak boleh ditutup lagi. Satu tindakan drastik hendaklah diambil kalau tidak BN tidak akan ada kredibiliti di mata rakyat Selangor.
Seorang muka baru adalah dirasakan perlu untuk menjaga kredibiliti Barisan Nasional di DUN Selangor. Mungkin Timbalan Ketua Perhubungan Umno yang baru boleh mengisi jawatan ini.
21.04.09
No comments:
Post a Comment