Kemudiannya beliau dapat dari Kubang Kerian,Kelantan.
Sebelum itu Ketua Menteri Melaka itu dapat pencalonan daripada UMNO Bahagian Pendang, Ketereh, Tumpat, Pasir Salak,Sandakan dan Sungai Petani.
Sementara itu Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Muhamad Muhd Taib pula perlukan tiga lagi pencalonan setelah dapat 36.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu dapat pencalonan daripada UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Baling, Sungai Besar, Hulu Langat,Pesiangan,Sik dan Kuala Krai.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula masih jauh di depan setelah mendapat 84 pencalonan.
Beliau dapat daripada UMNO Bahagian Wangsa Maju, Kuala Nerus,Jerai,Arau dan Bukit Bintang.
Berdasarkan pencalonan terkini pasti akan berlaku pertandingan tiga penjuru untuk jawatan Timbalan Presiden.
Ini kerana esok Ahad iaitu hari akhir di Selangor ada EMPAT bahagian yang akan bermesyuarat.
Selain itu ada beberapa lagi di negeri lain yang akan bermesyuarat.
Daripada jumlah itu pula dua bahagian iaitu Pekan dan Kepala Batas tidak akan membuat pencalonan seperti yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi UMNO. - 8/11/2008 - Agendadaily
No comments:
Post a Comment