Demikianlah tajuk berita di muka depan Mingguan Malaysia pada hari Ahad 18hb November 2007.
Dengan kenyataan Sutan Pahang tersebut , jelaslah bahwa Institusi Raja tidak mahu mereka ditarik ke kancah politik oleh parti-parti pembangkang, website-website seperti malaysiakini dan malaysia today dan blog-blog tertentu yang jelas pendirian anti kerajaan mereka.
Tembelang sudah pecah. Umum dan rakyat sudah mengetahui perkara yang sebenarnya.
Jadi diharap pihak-pihak tersebut janganlah lagi cuba memerangkap Institusi Raja Berperlembagaan kedalam mainan politik mereka.
Rakyat juga tidak akan membenarkan sebarang perbuatan untuk mengkabui mata mereka.
Jelas Memorandum dan Perhimpunan haram Bersih adalah alat yang digunakan oleh pihak pembangkang dan penyokong mereka untuk mengkabui mata rakyat.
Bak kata sebuah perumpamaan Inggeris, "You can cheat some of the people some of the time but you cannot cheat all the people all the time".