Demikianlah tajuk berita di muka depan Mingguan Malaysia pada hari Ahad 18hb November 2007.
Dengan kenyataan Sutan Pahang tersebut , jelaslah bahwa Institusi Raja tidak mahu mereka ditarik ke kancah politik oleh parti-parti pembangkang, website-website seperti malaysiakini dan malaysia today dan blog-blog tertentu yang jelas pendirian anti kerajaan mereka.
Tembelang sudah pecah. Umum dan rakyat sudah mengetahui perkara yang sebenarnya.
Jadi diharap pihak-pihak tersebut janganlah lagi cuba memerangkap Institusi Raja Berperlembagaan kedalam mainan politik mereka.
Rakyat juga tidak akan membenarkan sebarang perbuatan untuk mengkabui mata mereka.
Jelas Memorandum dan Perhimpunan haram Bersih adalah alat yang digunakan oleh pihak pembangkang dan penyokong mereka untuk mengkabui mata rakyat.
Bak kata sebuah perumpamaan Inggeris, "You can cheat some of the people some of the time but you cannot cheat all the people all the time".
4 comments:
Are you a UMNO member?
Does it matter? What about you?
Assalamualaikum
Saya telahpun melawat laman web BERSIH dan telah membaca kenyataan mereka sebelum, semasa dan selepas waktu perarakan aman tersebut, walaupun begitu saya tidak pernah terjumpa sepatah ayatpun yang menunjukkan bahwa mereka konon-kononnya mengaku bahwa Yang dipertuan Agung merestui perhimpunan tersebut. Sekiranya ada, sukacita sekiranya tuan boleh memberi rujukan kepada kenyataan tersebut.
Walaikumsalam,
Saya rasa saudara bercakap secara teknikal disini. Penganjur mungkin tak cakap ada surat restu. Tapi pencanang2 seperti malaysia today dan bloggers memberikan persepsi yang ia adalah dengan restu Istana Negara.
Dan saya nak tanya sdr mengapa warna kuning digunakan? Bukankah untuk memberi gambaran telah mendapat sokongan Raja-Raja Melayu.
Sebagai contohlah saya ada kenduri kahwin anak saya. Kad saya biasa saja. Tapi anak isteri saya heboh kata Sultan Selangor akan datang dan panggil semua orang di bandar saya untuk hadhir. Dan mereka sediakan kerusi berwarna kuning untuk Sultan. Jadi ramailah orang datang. Walhal dalam kad saya tak cakap apa2 pun tentang kehadhiran Sultan.
Tapi katakanlah Sultan tidak datang. Orang yang datang itu akan marah saya. Saya boleh kata kad saya tak cakap pun yang Sultan akan hadhir. Dari segi teknikalnya memang saya betulkan? Tapi apa tanggung jawab moral anak isteri saya? Sepatutnya saya harus bertanggungjawab kerana mereka ahli keluarga saya.
Samalah dengan Perhimpunan haram BERSIH. Memang BERSIH tak pernah kata dapat restu Agong. Tapi cuba periksa posting2 dalam Malaysia today dan sesetengah blog menjelang 10 November itu. BERSIH adalah terdiri dari banyak NGO dan parti politik pembangkang.
Sekarang mungkin posting2 dalam malaysia today dan blog2 ini telah dibuang. Baling batu surok tangan!! Biasalah tu!! Raja Petra yang rasa dirinya hebat itu.
Post a Comment