16 November 2007

PENJELASAN YANG DIPERTUAN AGONG DAN ISTANA NEGARA MENGENAI PEHIMPUNAN HARAM ANJURAN BERSIH

Dengan penjelasan Yang Dipertuan Agong (yang mewakili Raja-Raja Melayu) dan Istana Negara jelaslah apa yang diwarwarkan oleh sebilangan website dan bloggers bahwa Perhimpunan haram pada 10hb November tempoh hari adalah dengan restu Baginda ternyata tidak benar sama sekali.

Mereka ini telah memberikan gambaran seolah-olah perhimpunan tersebut diadakan dengan restu Tuanku Agong dan Istana Negara. Sebab itu mereka memakai baju kuning (warna Raja-Raja Melayu).

Dengan penjelasan tersebut siapa yang telah menipu rakyat? Istana Negara kah atau parti-parti pembangkang seperti DAP, PAS dan PKR yang berkata benar?

Sudah barang tentu saya lebih mempercayai Tuanku Agong dan Istana Negara dari mereka-mereka ini.

Apa implikasinya penjelasan Tuanku Agong dan Istana Negara? Jelas ia menunjukkan bahwa part-parti pembangkang DAP, PAS dan PKR yang mendalangi perhimpunan haram itu telah tersilap langkah permainan catur politik mereka. Mereka telah cuba memerangkap Institusi Raja Berperlembagaan ke dalam kancah politik untuk jadi senjata mereka demi untuk kepentingan politik mereka.

Ternyata dengan pejelasan tersebut apa yang mereka sifatkan sebagai senjata telah menikam balik diri mereka sendiri.

Apa jadi sekarang? Warna kuning (warna Raja Melayu) yang mereka pilih tentunya untuk memberi gambaran bahwa Institusi Raja adalah bersama-sama mereka. Bila Tuanku Agong menjelaskan yang Baginda tidak pernah sesekali memberikan restu kepada perhimpunan haram itu , tentunya penganjur perhimpuan haram tersebut dan parti pembangkang yang dibelakangnya jadi terkapai-kapai dan tenggelam punca.

Tentunya mereka merasa amat malu kerana tembelang mereka telah pecah . Mereka berdiri telanjang dihadapan rakyat dengan tidak ada seutas benang pun yang menutup apa-apa bahagian badan mereka.

Jelas kepada rakyat Malaysia , jenis maknusia apa mereka ini. Sanggup menipu untuk undi dan kuasa.

Patutkah kita menggadaikan masa depan kita kepada puak opportunis dan hipokrit ini? Jawapnya tentu tidak sama sekali. Dan mereka harus ditolak dan dibenamkan jauh-jauh kedalam tanah. Mereka adalah jenis maknusia yang amat bahaya.

Ada satu pertanyaan yang ramai orang sedang bertanya sekarang. Apakah puak opprtunis ini akan meneruskan tindakan mereka memakai baju atau apa-apa yang berwarna kuning (warna Raja) sedangkan Agong tidak memberi sebarang restu ? Kita tengok sajalah.

Kalau ia diteruskan juga tentunya ia menjadi bahan ketawa rakyat!!

8 comments:

Kadir Rahman said...

Perhimpunan Rakyat pada 10hb November minggu lepas dianjurkan bukannya kerana mendapat restu dari Baginda Yang di-Pertuan Agong. Perhimpunan tersebut dianjurkan oleh gabungan rakyat Malaysia yang cintakan negara berikutan banyak kepincangan dalam sistem demokrasi Malaysia terutamanya pilihanraya.

Memang tidak pernah ada surat restu dari Yang di-Pertuan Agong untuk mengadakan perhimpunan tersebut. Sebelum hari perhimpunan tersebut, umum telah mengetahui bahawa Yang di-Pertuan Agong telah menghantar surat jawapan kepada BERSIH yang menyatakan kesediaan Baginda menerima memorandum pada hari perhimpunan tersebut. Gambaran yang ditunjukkan adalah Baginda bersedia mendengar tuntutan rakyat kearah pilihanraya yang adil dan bersih.

Cuba Pakcik baca tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh rakyat negara kita sendiri ini, adakah ianya bertentangan dengan kehendak perlembagaan:

1. Pembersihan Daftar Pemilih
2. Pemansuhan Undi Pos
3. Penggunaan Dakwat Kekal

Tuntutan rakyat kearah keadilan semua telah diputarbelitkan. Angkara siapa?

Tidak perlulah ditanya siapa yang telah menipu rakyat kerana perkara yang berbangkit tidak releven. Telah banyak kes penyelewengan pilihanraya yang cuba disembunyikan agar yang berkuasa terus berkuasa, walaupun tidak layak dalah ertikata sebenar.

Usah gentar menghadapi pilihanraya yang adil dan bersih sekiranya mampu berkhidmat dengan cemerlang & mampu menjadikan ekonomi negara gemilang. Jangan mengharapkan pilihanraya yang temberang!

Persoalan siapa yang menipu untuk undi dan kuasa sangat melucukan. Tengoklah siapa yang berkuasa dengan rasuah (politik wang). Dari dulu, kini dan selamanya asal ada pemilihan mesti ada sogokan. Patutkah kita menggadaikan masa depan kita kepada puak ini?

Sekiranya bahan ketawa yang dicari. Lihatlah http://www.youtube.com/watch?v=A1_GQ-K7P_w
Inikah kualiti Information Minister of Malaysiaku? Patutlah visi 2020 telah menjadi visi 2057.

Purnama Mulya said...

People prefer to go on the street because they think that is what democracy would mean. I would ask DAP leaders (the son of Singapore's PAP?), did you ever see any street rally in Singapore? In fact did you ever see any dissent opposition? Most of them would end up as bankrupt when they were charged for millions of Sing Dollar by the ruling parties. I think you all are very much informed that LKY frequently said that he preferred stability rather that democracy that harmed the nation. I have seen police officers using horses to control street rallies in UK, even when the people did that just for fun of being soccer mania. So what’s the different with what you see around here as compared to the developed nation? You are listening to AlJazeera? Le me tell you that AlJazeera were born when a bunch of UK reporters were highly frustrated with 'the press freedom' in UK. Actually it is just a 'zero-one-game', nothing more.

Raduan Md Taib said...

Saudara Kadir Rahman,

Terima kasih diatas komen sdr.

Sdr mengakui sendiri dengan mengatakan tiada ada surat restu dari Yang Dipertuan Agong.

Tapi masalah bila kita membaca
Malaysia-Today seolah-olah diberi gambaran wujudnya krisis Perlembagan di Malaysia dan Perhimpunan haram tersebut telah direstui oleh Agong. Begitu juga dalam blog-blog lain yang sdr sendiri sedia maklum. Tidak atas gambaran ramai yang keluar menghadirinya. Bukankah ini satu penipuan besar. Satu sandiwara.

Begitu juga kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Agong PAS.

Hingga kehari ini pun Malaysia Today masih dan tetap mempertikaikan kenyataan penjelasan dari Istana Negara tersebut. Ia mempertikaikan dan memperlecehkan pegawai Istana Negara yang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Ini bermakna Malaysia Today terus mepertikaikan kewibawaan Yang Dipertuan Agong sendiri kerana penjelasan tersebut adalah atas titah baginda. Jadi dimana kredibiliti Malysia Today?

Sementara itu Dato Hj Hadi Awang mengakui tidak ada kerestuan oleh Agong. Jadi nampak ada percanggahan pendapat di kalangan pihak pembangkang

Mengenai tuntutan-tuntutan yang sdr katakan itu memanglah nampak cantik dan baik.

Tapi saya hendak tanya sdr kalau pilihanraya umum negara kita tidak dijalankan dengan adil bagaimana DAP senantiasa menang di kawasan Bandar? Bagaimana PAS menang di Kelantan dan menang di Trengganu pada tahun 1999 untuk satu penggal sahaja?

Yang saya pertikaikan ialah cara perhimpunan haram itu diadakan.

Mungkin parti pembangkang yang mendalangi perhimpunan itu berharap pihak polis akan menembak peserta-peserta perhimpunan tersebut yang akan mengakibatkan banyak kematian.

Bila ini berlaku, seperti di Batu Burok, maka dapatlah mereka menggunakan isu kematian itu nanti untuk modal politik mereka meraihkan simpati rakyat.

Adakah ini dipanggil keadilan? Mempertarongkan nyawa rakyat untuk kepentingan politik dan kuasa?

Iaitu matlamat menghalalkan cara?
Tepoklah dada tanya selera.

Pada saya rakyatlah pengadil yang paling bijak. Mereka tahu yang mana intan mana kaca.

kamarulzaman ahmad said...

Salam,

Apabila yang Yang di-Pertuan Agong kata baginda tidak merestui perhimpunan Gelombang kuning yang mengaburi Bersih, maka kita mesti menghormati titah baginda. Bukan ketaatan - Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! antara yang dilaungkan oleh Malaysia Today untuk memartabatkan kembali institusi raja, yang dikatakan mereka tidak bermartabat, sedangkan di sisi orang-orang Melayu raja sudah bermartabat.

Sekarang ini, pusing cerita lain - ada tali barut pulak yang di tanam oleh kerjaan, yang mengatur raja.

Hey! Hey! Hey! Orang Melayu suka kepada raja - sepertiRaja Nazrin yang merupakan duta pelaburan Malaysia-timur tengah. Raja Nazrin raja di sembah, bukan calang-calang Raja, menjadi mentor kepada anak-anak Melayu. Tetapi raja Malaysia Today adalah raja yang wajib di sanggah kerana mencemarkan institusi Raja Melayu berdaulat di Malaysia!

Salam

Kadir Rahman said...

Pertamanya saya ingin menyebut yang saya tidak menulis berdasarkan apa yang ditulis di Malaysia Today. Saya tulis berdasarkan tulisan di blog ini sahaja. Jadi saya tidak mau mengulas mengenai apa yang ditulis di Malaysia Today.

Sememangnya perhimpunan tersebut adalah lanjutan dari siri-siri ceramah BERSIH. Ia mendapat sambutan ramai bukannya kerana BERSIH menyatakan ada surat restu dari Yang di-Pertuan Agong, tapi kerana kesedaran rakyat tentang ketempangan SPR dan sistem 'peras ugut' yang diamalkan pemerentah sendiri. Jadi saya pertikaikan kenyataan tuan yang menyatakan BERSIH menipu rakyat dengan menyatakan ada surat restu dari Yang di-Pertuan Agong, lalu ramai yang hadir.

Saya katakan sistem 'peras ugut' kerana satu lagi tuntutan BERSIH adalah akses sama rata kepada media. Jika tuan masih ingat promosi-promosi BN di kaca tv ketika pilihanraya yang lalu. 'Hanya BN yang mampu memerintah', 'Hanya BN yang mampu membawa kemajuan'. Apakah kemajuan yang tercapai hasil kemenangan besar BN? Kos sara hidup makin tinggi. Harga barang melambung naik. Rasuah masih tidak terbendung. Jenayah berleluasa. Orang Mongolia datang sini diletupkan oleh pihak berkuasa.

Memang pihak pembangkang tidak mungkin dapat mempromosikan diri mereka di tv swasta kerana saham terbesar adalah milik UMNO, tetapi bagaimana pula BN boleh terus mempromosikan diri di tv kerajaan sedangkan ketika proses pilihanraya, parlimen telah dibubarkan? Sekurang-kurangnya berikanlah permit mencetak akhbar harian kepada pembangkang, barulah rakyat yang bijak boleh nampak integriti pemerintah.

Sekiranya benar sebagaimana kenyataan tuan yang mereka ini penipu sahaja, bukankah tuan sendiri ada menyatakan rakyatlah pengadil yang paling bijak? Kalau peluang untuk pembangkang bersuara diharamkan, bagaimanakah rakyat nak kenal yang mana intan yang mana kaca. Adakah kaca takut tak laku lalu disembunyikan intan dari rakyat?

"Mungkin parti pembangkang yang mendalangi perhimpunan itu berharap pihak polis akan menembak peserta-peserta perhimpunan tersebut yang akan mengakibatkan banyak kematian." - Adakah ini satu kenyataan yang tidak bertanggungjawap dari tuan? Bagaimana mungkin pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan semua rakyat menembak peserta perhimpunan sesuka hati. Pihak BERSIH telah menjamin bahawa perhimputan tersebut adalah aman. Telah terbukti pun ianya perhimpunan rakyat, bukannya perhimpunan mat-mat rempit ataupun perhimpunan pendatang haram.

Sekiranya penternak babi yang mengancam menggunakan bom petrol dan senjata untuk mencederakan penguatkuasa operasi pun tak diapakan, inikan pula rakyat yang bersusah payah hadir ke perhimpunan untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Adakah ini adil? (Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=kKX09ky73ks)

Walaupun pilihanraya tempang, memang ada kemenangan pihak pembangkang. Sekiranya majoriti yang mengundi pembangkang terlalu banyak di sesuatu kawasan, takkanlah undi hantu nak digunakan terlalu banyak juga di kawasan tersebut. Nanti peratusan yang keluar mengundi menjadi 100% atau lebih pula. Peratus keluar mengundi lebih 80% pun sudah tidak lojik senarai daftar tidak bersih. Soal pengundi hantu ni memang tidak dapat dinafikan lagi. Sudah banyak bukti, salah satu darinya http://rockybru.blogspot.com/2007/09/i-phantomed.html

Keadilan bukanlah mempertarungkan nyawa rakyat untuk kepentingan politik dan kuasa. Keadilan juga bukanlah menafikan hak rakyat untuk membuat pilihan yang bijak. Bagaimana untuk rakyat membuat pilihan yang bijak sekiranya rakyat hanya dihidangkan dengan kaca yang digilap.

Tepuk dada, tanya iman.

Raduan Md Taib said...

Saudara KZ Ahmad,

Salam kembali. Komen sdr adalah menarik. Tetapi sdr ini adalah penganalisa yang baru dalam dunia politik dan seorang yang idealis. Tidak salah jadi jika kita ada idealisma.

Ini kerana bila saya mengkaji sesuatu tindakan politik itu (politik pembangkang)di blog ini saya akan melihat nya secara keseluruhan. Dari kenyatan-kenyataan parti politik pembangkang hinggalah ke website yang anti kerajaan seperti malaysia kini, malaysia today dan juga blog-blog yang jelas anti kerajaan, termasuklah blog-blog yang saudara nyatakan dalam posting sdr. Kita hidup dalam politik yang nyata yang objektifnya adalah kuasa.

Jadi kita janganlah jadi idealis dan mengharapkan fair play.

Saya nak tanya sdr bila Pas memerintah Trengganu mulai 1999 selama sepenggal tidak kah Pas juga menggunakan semua kemudahan kerajaan dan jabatan negeri Trengganu untuk kepentingan parti pas? Tidakkah terdapat orang-orang berniaga dan korporat dari penyokong Pas yang berdunyun-dunyun ke Kuala Trengganu untuk dapat projek. Sama sahaja.

Begitu juga di Kelantan.

Tidak mustahil kalau pas memerintah Malaysia , ia akan juga menggunakan kemudahan dan jentera kerajaan persekutuan untuk kepentingan parti pas.

Kalau sdr jawap ini tidak akan berlaku, ia jawapan yang hipokrit kerana tindakan pas di Kelantan dan Trengganu adalah sebaliknya.

Politik adalah mengenai undi, kerusi dan kuasa. Itu lah kenyataannya sejak dari zaman dahulu lagi.

Raduan Md Taib said...

Sebenarnya posting saya adalah untuk menjawab sdr Kadir Rahman bukannya KZ Ahmad. Minta maaf atas kesilapan teknikal ini.

hisasury said...

Assalamualaikum.

1. Adakah benar p