6 March 2008

JANGAN GUNA KHUTBAH JUMAAT UNTUK KEMPEN


06/03/2008 4:40pm-Utusan Online

PEKAN 6 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan Pas supaya menghormati masjid sebagai pusat ibadat dan tidak sesekali menjadikan khutbah Jumaat esok sebagai usaha terakhir untuk berkempen.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, masjid bukan tempat untuk menyampaikan propaganda politik kerana tindakan itu boleh memecah-belahkan umat Islam.

"Kita tidak pernah menggunakan masjid untuk tujuan politik, jadi Pas tidak patut menggunakan masjid untuk tujuan politik. Masjid rumah ibadat, rumah Allah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan Arked Mara Pekan di sini hari ini.

No comments: