7 March 2008

TEPUK DADA TANYA SELERA

Agendadaily-Rosli Ismail


Kata-kata diatas memang sesuai digunapakai untuk serba serbi yang melibatkan ‘ satu keputusan ’.Ini juga termasuk kerja nak memangkah siapa pilihan hati Sabtu ini.

Tanggongjawab itu mudah tetapi kalau silap pangkah besar padahnya.Semasa tempoh kempen selama 13 hari kebelakangan ini ada sepanduk slogan yang berbunyi ‘ dah lama sangat…cuba ubah sekali ’.

Pokok pangkalnya yang baru itu sentiasa memikat.Namun tak semestinya ia tidak membawa bencana.

Yang lama pula mungkin pada tempoh hayatnya tetapi mungkin ia masih ‘ barang baik’.

Melihat balik lebih 50 tahun sejak capai kemerdekaan hingga ke hari ini ,Malaysia masih terus bergerak dilandasan yang betul.

Pemimpin datang dan pergi.Kekurangan serba sikit dan naik turun adalah lumrah yang dilalui oleh mana-mana kerajaan.

Selagi ada azam dan tekad untuk maju ke depan selagi itu ada sinar harapan.

Siapa saja boleh dakwa nak buat itu ini sepanjang tempoh berkempen yang sengit ini.

Realitinya apakah semua itu realistik?

Siapa saja boleh tuduh itu ini.Soalnya bagaimana pula kredibiliti orang yang menuduh itu sendiri?

Fikir dan renungkanlah sebelum mengaris di kertas undi.Kalau dah rasa ‘selamat,aman tepukdan makmur’dengan yang lama apa perlunya berjudi nasib dengan yang baru. - 7/3/2008

No comments: