16 February 2009

Gambar "bogel" Exco Selangor di sebar, mangsa bekas kekasih ?



MB: PKR dan Exco Negeri bincang Rabu ini


Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD. MUTALIB


[DIKEMAS KINI, 2 PETANG] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat pula dilanda masalah dengan tersebarnya gambar berkeadaan "bogel" Elizabeth Wong, salah seorang exco negeri itu.


Malam tadi, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Lanjan telah membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung gambar-gambar "bogelnya" yang kini disebarkan menerusi internet dan MMS.


Maklumat-maklumat awal menunjukkan gambar-gambar beliau berada dalam keadaan "berbogel" - ketika sedang tidur di atas sofa, diambil tanpa pengetahuannya.


Difahamkan gambar itu diambil menggunakan telefon bimbit sebelum pilihan raya umum ke-12, 8 Mac lalu.



KOMEN MB SELANGOR


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, pihaknya akan membincangkan isu itu di peringkat parti dan mesyuarat exco negeri, Rabu ini.


Khalid berkata, adalah penting untuk mendengar penjelasan daripada Wong berhubung isu tersebut dan membiarkan siasatan dijalankan terhadap laporan polis yang telah dibuat Wong semalam.


"Kita akan adakan perbincangan mengenainya dan saya rasa, adalah penting memberi mangsa (Wong) ruang untuk memberi penjelasan kepada kita./mstar.online

Komen
Ini macam kes Chua Soi Lek sahaja. Walaupun Cik Elizabeth Wong belum berkahwin gambar-gambar bogel ini telah menjejaskan pandangan masyarakat kepada nya. Ia bukan seorang filem star. Ia adalah wakil rakyat yang berinteraksi dengan rakyat. Apa akan jadi pada imeg beliau dan imeg Pakatan Rakyat bila gambar-gambar bogel beliau ini tersebar luas ?

Bagaimana sebagai seorang ahli Exco beliau akan mengadap Sultan Selangor pada majlis-majlis resmi negeri ?

Tidak saya mengatakan semua ahli politik semuanya bersih. Tapi bila ada gambar bogel begini jalan keluar Cik Wong hendaklah meletakkan jawatannya sebagai Exco dan kerusi DUNnya.

Sekiranya beliau tidak berbuat begitu krediliti kerajaan PR Selangor akan terjejas.


3 comments:

Anonymous said...

Dengarnya Azmin Ali ada kata PKR tidak akan berkompromi tentang moral. Elok juga dalam isu ini elizabeth akan letak jawatan seperti yang tuan syorkan. kalau tidak tentunya PKR cakap tak serupa bikin

anak jitra

Anonymous said...

apa yang sdr dengki sangat dengan PKR. dalam umno, mca ,mic pun ada banyak kudis-kudis. jagalah parti sendiri.

penyokong pkr kl

Raduan Md Taib said...

Sdr penyokong pkr kl,

Ingin saya mengingatkan sdr bahwa kerajaan PKR atau PR yang membawa motto CAT atau " Competence, Accountability and Tranparency" ( "Cekap , Bertanggung jawab dan Bersih").

Dalam kes elizabeth wong ini beliau kena bertanggung jawab dan membersihkan nama beliau dengan meletakkan jawatan. Kalau tidak slogan PR itu akan tinggal sebagai cliche sahaja yang tidak membawa apa-apa makna.