KOTA BHARU 15 Feb. — Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Karpal Singh kini bersendirian dalam tindakannya untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
“Tidak boleh diambil kira. Dia orang tua, malah di kalangan orang muda dalam DAP sendiri tidak pedulikan dia,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka di sini, malam tadi.
Semua kenyataan Karpal Singh adalah pandangan peribadinya dan disebabkan itu segala tindak tanduk Pengerusi DAP itu dalam isu berkaitan tidak menjejaskan hubungan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR), termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas sendiri.
Komen
Apa akan jadi pada dua anak Karpal yang masih aktif dalam DAP. Adakah mereka akan keluar parti kerana bapa mereka diketepikan ?
No comments:
Post a Comment