15 February 2009

Pemuda UMNO Selangor/NGO serah memo kepada Sultan

SHAH ALAM 15 Feb. — Lebih 500 anggota Pergerakan Pemuda UMNO Selangor dan lapan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Melayu hari ini menyerahkan memorandum sokongan padu dan taat setia terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan institusi raja Melayu.

Memorandum tersebut diserahkan oleh Presiden Kesatuan Pelajar-Pelajar Melayu Selangor, Datuk Mat Yasir Ikhsan kepada Pegawai Pengiring Sultan Selangor, Komander Ahmad Ramli Kardi.

Ia antara lain menyokong sistem raja berperlembagaan yang diamalkan sejak turun temurun; menyatakan ikrar sumpah setia kepada Sultan Selangor; serta mendukung dan mempertahankan prinsip Rukun Negara iaitu ’Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’. - Bernama


Tindakan ini tentunya mendapat sokongan seluruh rakyat Selangor dan Malaysia yang rasional yang berpegang teguh kepada konsep Raja Berpelembagaan. Daulat Tuanku!!

No comments: