SEREMBAN: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, hari ini menasihatkan anggota parti supaya jangan menjadikan rakan dalam parti sebagai ancaman dan musuh dalam berkempen untuk pemilihan parti Mac ini.
"Dalam pertandingan (pemilihan pucuk pimpinan), yang pentingnya parti jangan berpecah-belah. Selepas pertandingan, parti mesti bertaup semula (bersatu) kerana pertandingan ialah untuk memilih pemimpin," katanya selepas melancarkan program kempen 'Cintai Sungai Kita' peringkat negeri di Mambau di sini, hari ini.
Pada pemilihan Umno dari 24 hingga 28 Mac ini, Mohamad akan bertanding jawatan MT.Berita Harian
RMT: Saya amat bersetuju dengan saranan yang diberikan oleh MB Negeri Sembilan ini demi perpaduan bangsa. Umno lah satu-satu parti Melayu yang terkuat di Malaysia pada hari ini yang mampu mempertahankan agama dan bangsa. Di harap mereka-mereka yang bertanding termasuk penyokong-penyokong tidak bertindak "overboard". Ini adalah pertandingan antara rakan-rakan dalam sebuah parti. Pemimpin-pemimpin ini akan terus berada dalam parti walauapapun keputusan pemilihan nanti. Jadi diharap semua nya dan juga penyokong mereka bertindak sebagai "gentleman" dalam tindak tanduk mereka. Kita tidak mahu berulang seperti tahun 1981 dan 1984 semasa pertandingan jawatan Timbalan Presiden antara Musa Hitam dengan Tengku Razaleigh. Juga bila Mahathir di tentang oleh Tengku Razaleigh/Musa Hitam pada tahun 1987. Parti menjadi lemah bila adanya puak-puak dalam Umno. Diharap ahli Umno sekarang lebih matang politik mereka dan semua pemimpin akan bertaut semula selepas 23 Mac nanti. Sama-sama lah kita berdoa.
No comments:
Post a Comment