19 February 2009

Pas mahu Elizabeth dikenakan tindakan

SHAH ALAM 18 Feb. - Pas meminta supaya pucuk pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berhubung penyebaran gambar bogelnya menerusi Internet.

Menurut kenyataan Sekretariat Media, Badan Perhubungan Pas Selangor di sini semalam, tindakan ke atas ADUN berkenaan perlu dilakukan bagi menjaga integriti dan nama baik pakatan pembangkang dan kerajaan negeri itu.

Kenyataan itu menegaskan, Pas menganggap seorang pemimpin perlu memiliki akhlak serta keperibadian yang baik supaya ia dapat dicontohi dan menjadi ikutan oleh rakyat.

Kenyataan itu turut menyeru semua ADUN dan ahli Parlimen negeri itu agar dapat menjaga akhlak dan tingkah laku mereka daripada krisis moral yang menjejaskan kestabilan kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas.UTUSAN

Komen saya: Adakah PAS mengambil ketetapan tersebut sebagai taktik tidak mahu dibebani oleh isu contoversi gambar bogel Elizabeth Wong dalam menghadapi PRK Bukit Gantang. Apa pula reaksi PKR ? Sanggup kah Eli dikorbankan demi kepentingan PAS ? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

1 comment:

bungaraya said...

Walaupun saya ORANG KUAT UMNO, namun tindakan PAS ini cukup saya puji. Saya puji dengan hati yang ikhlas tanpa mempunyai matlamat lain. Perkara yang 'songsang' spt ini sangat bertentangan dengan matlamat perjuangan PAS dan adalah menghairankan jikalau mereka membenarkannya. Bagaimanapun saya sungguh hairan bilamana melihat begitu ramai melayu islam yang berbaju kurung berdiri dibelakang Eliza ketika beliau membuat sidang akhbar. Sambil ada yang menangis. Saya faham berbaju kurung dan bertudung hanya pakian semata dan tidak semestinya mengambarkan keimanan sesorang, tapi janganlah tunjuk macam tu. Macam puasa, jika engkar buatlah makanlah dalam rumah dan bukan tempat awam.