KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Dewan Rakyat Khamis diberitahu bahawa nama Allah berdasarkan kepercayaan (tauhid) orang Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Taib Azamudden Mat Taib (PAS-Baling) berkata ini kerana Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.
Taib Azamudden, yang juga bekas Imam Besar Masjid Negara berkata demikian setelah Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta beliau memberi penjelasan mengenai isu penggunaan nama Allah, yang agak hangat dibincangkan oleh beberapa anggota Dewan Khamis.
Ahmad Zahid, yang ketika itu menggulung perbahasan usul ucapan terima kasih titah ucapan diraja, kemudian berkata penjelasan oleh anggota Parlimen Baling itu selari dengan pegangan kerajaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Fatwa Kebangsaan.
Terdahulu ketika membincangkan isu itu, Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam) memberi pendapat yang berbeza.
Dr Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan nama Allah tidak harus timbul kerana telah diakui dalam al-Quran bahawa kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.
Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.
RT: Jelas ada kalangan pemimpun Pas ingin menyokong penggunan nama Allah oleh bukan Islam untuk tujuan politik jangka pendek mereka.
Ini nampak ada percanggahanpercanggah pendapat antara wakil rakyat Pas mengenai isu ini.
Taib Azemuddin (bekas Imam Besar Mesjid Negara) (Pas Baling) memberi penjelasan bahwa nama Allah berdasarkan tauhid Islam tidak boleh digunakan oleh bukan Islam. Ini adalah selari dengan pegangan kerajaan, Jakim, dan Majlis Fatwa.
Sementara Dr Dzulkifli (Pas Kuala Selangor) dan Khalid (Pas Shah Alam) dan terdahulu Nik Aziz MB Kelantan berpendapat ia di bolehkan.
Kita berharap Nik Aziz, dan setengh pemimpin Pas tidak menggunakan isu nama Allah untuk tujuan politik. Ia jelas bertentangan dengan keputusan Jakim dan Majlis Fatwa.
Yang rugi nanti ialah pertubuhan Kristian akan menggunakan nama Allah untuk Jesus untuk menyesat dan memurtadkankan muda-muda Islam nanti.
Sanggupkah pemimpin Pas ini membuka ruang kepada mubaligh Kristian dan sterusnya menanggung dosa membantu orang Islam menjadi murtad angkara tindak tanduk mereka yang berfikiran politik jangaka pendek.
Diharap pemimpin Pas ini akan muhasabah diri. Masih belum tersebut. Nasi belum jadi bubur.
No comments:
Post a Comment