Datuk Seri Dr Chua Soi Lek telah mengumumkan perletakan beliau dari semua jawatan dalam parti MCA, Kabinet dan sebagai Ahli Parlimen kawasan Labis berkuat kuasa serta merta.
Ini adalah ekoran dari pengakuan Soi Lek bahawa beliaulah orang yang telah melakukan hubungan seks dengan seorang wanita yang salinan cakera padat (DVD) perlakuan itu telah disebarkan dengan meluas di negeri Johor sejak empat hari lalu.
Mengikut Utusan Malaysia perlakuan seks Soi Lek dengan wanita di sebuah hotel dua tahun lalu telah dicuri rakam menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) dan baru-baru ini diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali.
Moral insiden ini ialah sebagai pemimpin mereka hendaklah berhati-hati dalam perlakuan dan tindak-tanduk mereka. Ini kerana sebagai pemimpin mereka adalah milik umum dan juga mereka mempunyai banyak musuh politik. Merekan harus menjaga akhlak dan perangai yang mulia dan luhur sejajar dengan Islam Hadhari yang menjadi pegangan kerajaan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia yang kita amat hormati dan kasihi.
Sedikit catatan yang masih segar dalam ingatan saya mengenai Datuk Seri Chua Soi Lek. Beliaulah merupakan satu-satu pemimpin MCA yang telah mengeluarkan satu kenyataan pada tahun 1999 iaitu semasa orang Melayu berpecah akibat pembuangan Anwar Ibrahim dari UMNO pada tahun1998. Ia secara terus terang bertanya kepada orang Melayu mengapa mereka berpecahbelah yang tidak akan menguntungkan orang Melayu sendiri. Beliau menyeru agar orang Melayu bersatu padu demi kebajikan bangsa mereka. Kenyataan tersebut dibuat semasa beliau menjadi ahli EXCO Kerajaan Johor. Nasihat Chua Soi Lek ini harus juga kita ingat dan ambil kira dalam perkembangan politik orang Melayu hari ini.
Kita mendoakan semuga Datuk Dr Seri Chua Soi Lek selepas ini akan terus menyumbang kepada masyarakat Malaysia menggunakan pengalamannya yang luas terutama dalam bidang profesyennya sebagai seorang doktor.
Selamat bersara, Datuk Seri.
No comments:
Post a Comment