7 January 2008

SIAPAKAH DALANG DI SEBALIK MEDIA INDONESIA YANG SELALU MEMBURUKKAN MALAYSIA?

Umum mengetahui perkembangan akhir-akhir ini terdapatnya kecenderungan di kalangan beberapa akhbar dan media eletronik di Indonesia yang mensensasikan berita-berita negatif yang cuba memburukkan imej Malaysia.

Negara dan rakyat Indonesia haruslah ingat bahawa negara ini banyak memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Indonesia. Ini tentunya membantu ekonomi negara tersebut apabila pekerja-pekerja ini menghantar duit pendapatan mereka balik ke negara tersebut.

Jadi apabila perkara-perkara dan insiden yang remeh temeh diperbesarkan akan membuatkan kita tertanya adakah agenda lain yang sedang dilakukan?

Ini tidak mustahil kerana kebanyakan media di Indonesia adalah di punyai olih mereka yang agamanya adalah Kristian.

Di Malaysia ini orang Melayunya adalah rata-rata beragama Islam. Dan kebelakangan ini perselisihan fahaman antara agama telah diperbesar-besarkan oleh penganut agama lain terutamanya penganut agama Kristian. Ianya bertujuan untuk menunjukkan bahawa tiadanya terdapat kebebesan beragama di Malaysia. Kes Lina Joy misalnya telah ditonjolkan sebagai contoh kononnya Islam itu adalah kejam dan kerajaan Malaysia adalah satu kerajaan Islam yang kurang memberi kebebesan beragama kepada rakyatnya.

Ini semua adalah fakta yang tidak benar. Lina Joy bolih memohon untuk keluar dari Islam iaitu melalui Mahkamah Syariah. Mengapa beliau tidak menggunakan saluran tersebut tetapi sebaliknya pergi terus ke Mahkamah Sivil untuk memohon keluar dari Islam? Jawapannya adalah mudah. Ialah adalah bertujuan untuk memburukkan negara kerana Lina Joy dan peguam-peguamnya sedia maklum bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunya kuasa dalam hal ehwal Islam. Mahkamah yang mempunyai bidang kuasa tersebut hanyalah Mahkamah Syariah.

Isu-isu seperti inilah yang telah dihebahkan dengan meluas untuk mendapatkan simpati seluruh masyarakat Kristian dan Gereja antarabangsa. Simpati yang berasaskan kepada fakta yang telah diputarbelitkan.

Umum juga mengetahui bahawa adalah menjadi matlamat golongan Kristian sedunia terutama kumpulan gereja Evangical ialah untuk memurtadkan orang Islam dan supaya mereka jadi Kristian. Sila baca Majalah Economist keluaran bertarikh 19hb Disember 2007 untuk maklumat lanjutan.

Berbalik kepada kecenderungan segolongan kecil media Indonesia yang gemar mensensasikan berita negatif mengenai Malaysia ingin saya ingatkan disini cubaan mereka itu untuk memecahbelahkan satu bangsa yang serumpun tidak akan berjaya. Perbuatan itu hanyalah seperti mencincang air dan seperti kiambang akan bertaut semula selepas kapal berlalu.

Ini kerana agama Islam masih menjadi agama sepenuhnya orang Melayu di Malaysia dan sebahagian besarnya penduduk Indonesia .

No comments: