Saya sekarang ini berada di Brunei melawat mak saudara saya yang masuk hospital.
Kisah yang ingin saya tonjolkan dalam artikal ini adalah dipetik dari Kisah-kisah Aesop , Abad Keenam Sebelum Masehi (Aesop Fables, Sixth Century Before Christ). Ia mungkin sesuai ketika kita merenungi usaha-usaha melemahkan UMNO yang berlaku hari ini.
Pada satu masa para serigala menghantar seorang duta kepada kambing biri-biri, yang menghendaki perdamaian diantara mereka dimasa yang akan datang.
"Mengapalah kita senantiasa bergaduh diantara kita? Sebenarnya anjing-anjing jahat itulah yang menyebabkannya. Mereka selalu menyalak dan membuat kami marah. Halaukan mereka(anjing-anjing tersebut) dan tiada apa halangan lagi kepada keamanan yang berkekalan dan selama-lamanya di antara kita (serigali dan kambing biri-biri)".
Lalu kambing biri-biri yang bodoh itu bersetuju dan menghalau para anjing dari menjaga mereka.
Bila anjing-anjing tersebut sudah tiada, kumpulan kambing biri-biri telah hilang pengawal-pengawal mereka lalu dengan senang kesemua mereka dibunuh dan dimakan oleh para serigala musuh mereka yang durjana itu.
Begitulah juga peranan UMNO. Ia adalah pengawal kepada orang Melayu. Memang ramai musuh-musuh yang mahu melihat UMNO lemah dan tak bermaya. Jadi mereka cari jalan supaya orang Melayu membenci UMNO. Mereka mahu orang Melayu renggang dan tidak percaya lagi kepada UMNO. Mereka tahu dengan kehancuran dan ketiadaan UMNO, orang Melayu akan senang dikuasai oleh mereka. Bila ini berlaku senanglah mereka menghakiskan dan menghapuskan hak dan keistimewaan orang Melayu.
Mereka telah melakukan perkara yang sama di Singapura di mana parti politik Melayu Singapura (PERKEMBAR) telah dilemahkan. Selepas itu orang Melayu di Singapura dipinggirkan. Perkara yang sama akan berlaku di negara kita jika kita tidak waspada.
Mungkin elok juga kita renungkan bersama tauladan dari kisah serigala dan kambing biri-biri ini yang direka dua ribu enam ratus tahun yang lalu oleh seorang pujangga yang bijaksana.
No comments:
Post a Comment