30 May 2008

MAK CIK AINON YANG DIKASIHI
























Saya mempunyai seorang Mak Saudara iaitu satu-satu adik kandung Emak saya Allahyarhamah Hajjah Hafsah binti Haji Abdul Hamid, yang sekarang ini menetap di Brunei.

Nama Mak Cik saya ialah Hajjah Ainon binti Haji Abdul Hamid. Beliau telah berkahwin dengan Allahyarham Pak Cik saya Haji Abdul Hamid dan di kurniakan sepuluh orang anak. Samalah dengan Emak saya yang juga mempunyai sepuluh orang anak.
Dalam gambar atas sekali sebelah kiri Mak Cik semasa berumur dua puluhan sementara atas sebelah kanan Mak Cik semasa masih sihat bersama anak bongsunya Radhiah yang bertugas di Shell Brunei.

Mak Cik sekarang sakit. Itulah sebabnya baru-baru ini saya dan Azizah telah berangkat ke Brunei menziarahi Mak Cik di Hospital Pengiran Isteri Anak Saleha di Bandar Seri Begawan. Keadaan beliau nampaknya makin beransur puleh perlahan-perlahan.

Semasa di Brunei saya tinggal dua malam di hotel dan malam akhir di rumah sepupu saya Datuk Paduka Yusof. Beliau dan isterinya Datin Mahani telah memberikan layanan yang amat baik kepada kami. Gambar atas ialah Datuk Yusof , Datin Mahani, saya dan Azizah sedang makan tengah hari di rumah kediaman resmi sepupu saya yang sekarang ini ialah Timbalan Menteri Perhubungan Brunei.

Semasa di Brunei saya juga berpeluang berjumpa dengan sepupu-sepupu yang ada antara kami yang sudah lebih dari sepuluh tahun tidak berjumpa. Alhamdulillah dapat menjalinkan semula siraturrahim dengan abang pupu saya Pehin Haji Ishak dan isterinya Datin Halimah, Ismail, Edah dan suaminya Hj Suhaili, Zaharah dan Awang, Narimah dan Yahya, Hjh Noraini dan Haji Bakir. Antara pupu yang tak sempat jumpa ialah Jamelahton dan suaminya Hj Zaini dan Hjh Hasnah dan Bahrin. Mungkin dilain kali dapat berjumpa insyaAllah.

Rasanya tempoh tiga hari kami berada di Brunei adalah sekejap sekali. Tidak sempat hendak bercerita panjang. Cuma hati saya terusik bila pertama kali melihat Mak Cik dalam hospital dalam keadaan kurang sihat. Tanpa saya sedari air mata mengalir bila pertama kali melihat beliau. Saya merasakan seperti saya berhadapan dengan Allahyarhamah ibu saya sendiri. Perawakan dan kulit dua adik beradik ini adalah sama belaka. Melihat Mak Cik adalah seperti melihat wajah Emak saya. Itulah yang menyebabkan air mata saya tidak dapat ditahan-tahan lagi. Walaupun agak terasa malu juga dalam keadaan menangis pada waktu itu.

Begitu juga sewaktu balik rasanya amat berat hendak berpisah dengan Mak Cik yang baik hati dan amat sayang terhadap saya. Dalam imbasan saya ada banyak kenangan manis bersamanya. Terutama semasa beliau datang ke Malaysia dan minta saya menghantar beliau ke rumah Pak Tua Yakin di Petaling Jaya. Kali pertama saya sesat jalan. Kali berikutnya barulah okay.

Sekian. Ucapan salam dari kami di Malaysia buat saudara-saudara kami di Brunei yang senantiasa dalam ingatan. Semuga ketemu semula jika ada umur dan ada rezeki.




No comments: