3 May 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU UNTUK PERTAHAN HAK MELAYU

Saya kini sedang berada di Johor Baru untuk menghadiri Kongres tersebut diatas yang bermula dari 2 hingga 4hb Mei 2008. Tema Kongres yang bersejarah ini ialah "Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa". Dan Kongres ini diadakan di Persada Johor International Convention Centre.



Saya menghadiri Kongres ini atas jawatan saya sebagai Pengarah, Pusat Penyelidikan Sosio Politik Aminuddin Baki dibawah naungan Yayasan Mandailing Malaysia.



Dalam ucapan perasmian beliau tadi Prof Tan Sri Dato Pendeta Ismail Husseintelah mengumumkan bahawa ada 250 Badan Bukan Kerajaan (BBK)(NGO) yang turut hadir bersama Gapena dalm menjayakan Kongres ini.



Antara matlamat Kongres ini ialah mencari kata sepakat dalam menubuhkan satu Majlis Muafakat Melayu yang berperanan untuk menjaga dan memantau semua hak dan kepentingan orang Melayu. Badan ini akan mempastikan yang hak-hak dan kepentingan Melayu seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tidak akan terhakis buat selama-lamanya.



Sebagai wakil Pusat Penyelidikan Sosio Politik Aminuddin Baki saya telah mendaftarkan nama saya untuk turut menjadi pembicara dalam Bengkel mengenai Kedaulatan Perlembagaan Malaysia.



Apa yang hendak saya perkatakan nanti ialah betapa pentingnya ilmu dan pembangunan modal insan dikalangan masyarakat Melayu.



Keduanya ialah bahwa Majlis Muafakat Melayu yang akan ditubuhkan oleh Kongres ini nanti mestilah bertindak tegas terhadap mereka yang cuba mengusik hak dan kepentingan Melayu termasuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Lebih-lebih lagi terhadap mereka yang cuba mempertikaikan Hak Istimewa Melayu di dalam Pasal 153 Perlembagaan Persekutuan dan lain-lain Pasal yang berkaitan.



Kepada semua yang berada di Johor Baru sekarang ini saya ingin mengucapkan Selamat Berkongres.

1 comment:

Generasi Pejuang Bangsa said...

sdr

pada 21 dan 22 Oct 2008 ni akan diadakan Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu dianjurkan oleh Majlis Professional Melayu di Wisma Persatuan Sejarah

sy rasa tentu sdr akan ada juga di sana nanti .

sy juga akan turut serta di seminar itu

pejuang melayu