3 May 2008

KONGRES PERMUAFAKATAN MELAYU UNTUK PERTAHAN HAK MELAYU

Saya kini berada di Johor Baru menghadiri Kongres diatas yang bermula dari semalam (Jumaat 2hb Mei) sehingga besok tengahari (Ahad 4hb Mei 2008). Tema Kongres ialah "Kedaulatan Melayu Paksi Kewujudan Bangsa". Ia diadakan di Persada Johor International Convention Centre.



Saya menghadiri Kongres ini atas jawatan saya sebagai Pengarah, Pusat Penyelidikan Socio Politik Aminuddin Baki (PPSAB) di bawah naungan Yayasan Warisan Mandailing Malaysia(YWMM).



Dalam ucapan Peresmian beliau malam tadi Prof Tan Sri Dr Ismail Hussein telah memaklukan kepada hadirin bahawa sebanyak 200 Badan Bukan Kerajaan (BBK) (NGO) telah hadir di Kongres ini.



Mengikut Tan Sri, yang merupakan Ketua Satu Gapena, matlamat Kongres ialah menubuhkan satu kumpulan yang berperanan untuk menjaga dan memantau semua hak dan kepentingan Melayu.Ini adalah untuk mempastikan yang hak dan kepentingan tersebut tidak terhakis.



Sebagai Pengarah PPSAB saya akan menyampaikan ucapan saya di perbincangan meja bulat malam ini.



Dalam ucapan saya nanti, dengan izin Allah, saya akan menekankan peri pentingnya ilmu dan perlunya kadar pembangunan modal insan dikalangan masyarakat Melayu dipercepatkan akibat dari keputusan PRU 12 yang diadakan pada 8hb Mac baru-baru ini.



Keduanya badan atau kumpulan yang akan ditubuhkan nanti mestilah proaktif dan tegas dalam tindakannya untuk menjaga kepentingan Melayu. Tindakan undang-undang jika perlu hendaklah diambil terhadap sesiapa yang cuba menghapuskan Dasar Ekonomi Melayu (DEB) dan Fasal-fasal dalam Perlembagaan Persekutuan seperti Fasal 153 dan lain-lain yang berkaitan dengan orang Melayu dan kedudukan Raja-Raja Melayu.



Kepada semua peserta yang hadir di Johor Baru ini saya mengucapkan Selamat Berkongres.

No comments: