19 May 2008

PEMIMPIN DATANG DAN PERGI, UMNO INSYAALLAH AKAN TERUS HIDUP KERANA IA PARTI KERAMAT ORANG MELAYU

http://bigdogdotcom.wordpress.com/2007/09/02/dato-onn-jaafar-tokoh-anak-gemilang-malaysia/

Jika kita melihat bekas pimimpin UMNO yang terdahulu semuanya berada di luar UMNO diakhir hayat mereka. Mereka keluar parti seperti Dato Onn atau seperti Tunku dan Tun Hussein, mereka tidak menyertai UMNO Baru selepas UMNO diharamkan pada tahun 1987. Terakhir, Tun Mahathir keluar parti UMNO pada hari ini. Tapi saya percaya UMNO akan terus kuat dan 'survive' kerana ia kelambu keramat orang Melayu.

Dato Onn pengasas UMNO telah keluar dari UMNO pada 26 Ogos 1951 selepas ramai orang Melayu dalam UMNO tidak setuju parti itu dibuka kepad semua bangsa. Beliau telah menubuhkan Independent Party of Malaya (IPM) yang terbuka kepada semua kaum di Tanah Melayu. Tapi mendapat response yang dingin. Beliau kemudiannya menubuhkan Parti Negara yang keahliannya dihadkan kepada orang Melayu. Parti ini telah kalah teruk dalam Pilihanraya Umum Pertama 1955. Dato Onn meninggal dunia di luar UMNO yang diasaskannya.

Tunku Abdul Rahman Putra Al - Haj
Apabila Tengku Razaleigh kalah kepada Dr Mahathir dalam pertandingan bagi jawatan Presiden pada tahun 1987, penyokong Tengku Razaleigh dari Team B telah membawa satu kes melibatkan cawangan UMNO ke Mahkamah. Akibatnya UMNO telah diharamkan pada tahun tersebut.

Tun Hussein b. Onn

Tunku Abdul Rahman Putra bersama Tun Hussein Onn kedua-dua bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia dengan disokong oleh Dato Harun Idris telah cuba menubuhkan UMNO Malaysia tapi pendaftaran parti ini disekat oleh Dr Mahathir yang kemudiannya menubuhkan UMNO Baru. Tunku dan Hussein kemudianya menyokong Parti Semangat 46 yang ditubuhkan oleh penyokong Tengku Razaleigh.

Kedua-dua Tunku dan Tun Hussein juga meninggal dunia di luar UMNO.




Tun Dr. Mahathir Mohamad
Hari ini 19 Mei 2008 Tun Dr Mahathir telah keluar dari UMNO melalui kenyataannya yang dikeluarkan tengah hari tadi. Adakah ini bermakna bahawa Tun Mahathir juga akan menghembuskan nafas akhirnya di luar UMNO sama seperti Dato Onn, Tunku dan Tun Hussein Onn? Sama-samalah kita lihat perkembangan selanjutnya.

Setakat ini dalam sejarah UMNO cuma Tun Abdul Razak yang pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya semasa masih dalam UMNO sebagai Presidennya dan Perdana Menteri Malaysia.

Pemimpin datang dan pergi. Tapi UMNO sebagai parti keramat orang Melayu insyaAllah akan terus wujud dan berjuang untuk menjaga kepentingan orang Melayu.

No comments: