Malaysia adalah satu negara berbilang bangsa dan agama. Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan dan Agama Islam adalah Agama Resmi.
Majoriti rakyat Malaysia adalah orang Melayu Islam. Kebelakangan ini banyak perkara-perkara yang sensitif kepada orang Melayu telah dipersoalkan dengan begitu saja oleh badan-badan yang sepatutnya lebih perihatin dalam hal ini. Sebagai contoh NGO seperti Majlis Peguam misalnya mengadakan Forum mengenai "Memelok Islam".
Trend mempersoalkan perkara sensitif tanpa menghirau kan perasaan orang Islam makin menjadi-jadi. Dari satu isu kepada isu lain ditimbulkan sejak PRU 12 seperti ada agenda politik besar dibelakangnya. Keadan ini tentunya membawa perasaan kerisauan dikalangan orang Melayu. Kalau ini berterusan akibatnya akan ada kekacauan di negara ini.
Orang Melayu amat terkenal dengan toleransinya terhadapat kaum minoriti. Tapi kalau kita berada di India kaum majoritinya tidak begitu toleran dengan kaum minoritinya. Malah adalah satu kenyataan bahawa banyak orang Kristian dan Islam yang telah di bunuh di Gujerat, Kashmir dan Orissa. Begitu juga di Cina ramai orang Islam di Xingjiang yang ditekan . Malah ada yang dibunuh.
Jadi nampaknya orang Melayu di negara ini pun adalah seperti golongan minoriti pula yang tertekan di negara mereka sendiri.
Adalah perlu untuk kerajaan mengambil langkah tegas terhadap badan-badan NGO. Tindakan juga perlu terhadap pemimpin-pemimpin golongan-golongan yang lupa sejarah ini.
Sebarang langkah kerajaan itu tentunya akan disokong oleh majoriti rakyat yang tidak mahu huru hara di negara ini.
Ia adalah juga untuk memberi amaran kepada mereka yang sudah lupa sejarah negara dan kepada mereka yang bersikap sambil lewa mengenai kebaikan dan toleransi orang Melayu.
No comments:
Post a Comment