20 September 2008

THE STAR KURANG AJAR TERHADAP PRESIDEN PARTI MELAYU TERBESAR

Malaysia Aktif

Kopitiam Talk
7 September 2008


SERENTAK dengan amaran Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi supaya semua pihak termasuk media tidak mensensasikan isu perkauman ekoran daripada kenyataan Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera ,Ahmad Ismail yang meanggap orang Cina sebagai pendatang, akhbar The Star telah menyiarkan sebuah berita untuk menegakkan kesahihan berita itu walaupun hal sebenar telah dijelaskan oleh Ahmad.

Selain dari itu secara `sembunyi' dengan meletakkan fakta sensitif di bahagian terakhir kandungan berita di muka dalam, The Star 7 September menyiarkan kenyataan berikut oleh Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam yang tidak perlu saya terjemahkan kedalam bahasa Malaysia:

He said `` the recent incident in which an UMNO leader described the Chinese who do not deserve rights was very regrettable.

Our right as Malaysian have been guaranteed by the Constitution.

We have the right to defend these rights. This sort of things (the questioning of citizens right) should not be happening in our country anymore.

Look at the United States. Right now an African American (Barack Obama) is on the verge of becoming president.”

Kemudian disiarkan pula kenyataan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan bahawa orang Cina diberikan kerakyatan oleh British kerana kira-kira 300,000 orang Cina mati melawan Jepun di negara ini.

Apa perlunya disiarkan lagi berita seumpama ini?

Kerana dicabar lagi maka orang Melayu boleh menjawab semua kenyataan ini. Di Amerika seluruh rakyatnya dibangunkan menerusi satu sistem pelajaran yang membenarkan hanya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Dengan itu seluruh rakyatnya berfikiran , berjiwa, bersetia dan berbangga dengan Amerika tetapi Sistem Pelajaran Malaysia ternyata gagal kerana sebaik sahaja negara Cina melangkah maju, nasionalisme Cina bersemarak di Malaysia sehingga pelajar Malaysia di Taiwan menghina lagu Negaraku dan orang Cina tidak lagi dapat membuktikan kepada orang Melayu sebagai kawan setia ketika susah dan ketika senang.

Kenyataan Ka Chuan jelas melupakan budi orang Melayu. Beliau hanya ingat pada British dan melupakan budi orang Melayu. Orang Cina tidak akan mendapat kerakyatan Malaya tanpa persetujuan orang Melayu. Presiden MCA mendiang Tun Tan Siew Sin terpaksa memperjuangkan habis-habisan hak kerakyatan bagi orang Cina kerana di tolak oleh orang Melayu. Akhirnya Tunku Abdul Rahman Presiden UMNO berjaya memujuk orang Melayu.

Setelah persetujuan itu, Siew Sin telah menulis sepucuk surat berterima kasih kepada Tunku dan menyatakan tidak akan melupakan hati budi orang Melayu selamanya dan Tunku menjadi sahabatnya hingga ke akhir hayat.

Tetapi ternyata sebahagian besar orang Cina termasuk Ka Chuan sendiri tidak tahu mengenang budi dan termasuk dalam apa yang disebutkan oleh Abdullah Badawi di Parlimen baru-baru ini iaitu ``sukar untuk dicari kawan yang sanggup bersama ketika susah dan ketika senang.”

Saya menimbulkan pekara ini untuk menunjukan kepada Abdullah bahawa akhbar The Star adalah akhbar “traitor” atau penderhaka. Kalau tidak masakan ia menyiarkan isu yang boleh dijawab lagi oleh orang Melayu. Saya menjawab untuk buktikan jika The Star berbahasa biadab dengan menggunakan orang Cina, maka orang Melayu juga boleh menjawab secara kurang ajar. Jika The Star terus memainkan isu ini maka tidak ada kesudahannya.Tetapi The Star ada agendanya.

Cukuplah dengan penjelasan Ahmad Ismail malahan pula dia bukan mewakili pandangan seluruh orang Melayu. Tujuan The Star memainkan isu ini ialah kerana ia telah berkonspirasi dengan lain-lain akhbar Cina untuk memprojekan UMNO sebagai parti rasis dan perkauman sesuai dengan kehendak Lim Kit Siang.

Pegawai pegawai Kementerian Dalam Negeri yang tidak berpengalaman dan cetek (tidak membaca) tidak nampak semua ini.

Tidak menghiraukan amaran Perdana Menteri dan Presiden UMNO hanya sehari selepas amaran itu diberikan adalah merupakan perbuatan biadab dan kurang ajar. Mereka berani berbuat demikian kerana mereka percaya Abdullah Badawi tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu. Abdullah mesti membuktikan dengan pantas bahawa hal ini tidak benar dan sekaranglah kesempatan paling baik untuk membuktikannya.

Perbuatan ini The Star juga merupakan satu cabaran besar kepada maruah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Abdul Hamid Albar.

Tidak lama dahulu The Star menjuarai para pemblog untuk memberhentikan “politiking” dengan tujuan untuk menutup tangannnya yang memegang pisau. Hari ini 7 September akhbar itu memakai berita Timbalan Ketua Menteri Sarawak dengan kepala berita ”Fed up with politicking” tetapi isi beritanya menjirus minyak keatas api politik perkauman.

The Star tahu bahawa pegawai pegawsai Kementerian Dalam Negeri sangat lemah, tidak tajam politik dan hanya cekap dan bijak membuat teguran terhadap penyiaran lucah dan sebagainya.

Dan apabila Menteri Dalam Negeri yang baru berakap pasal nak tubuh Majlis Media yang sudah pernah ditolak oleh Pejabat Peguam Nagara kerana dikatakan bertindih dengan tugas Suhakam dan telah ``tak jadi” berkali-kali kerana tentangan hebat dari NUJ (Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia), maka wartawan-wartawan tahu bahawa menteri ini pun boleh dimainkan.

Sementara menunggu penubuhan Majlis Media, The Star boleh merharajalela dulu.Yang jadi mangsa sebagai akhbar rasis dan perkauman kelak ialah akhbar Melayu kerana bahasa Inggeris yang bersifat antarabangsa mempunyai kekuatan untuk melindungi perkauman Cina dan India. Akhirnya yang perkauman ialah UMNO dan Melayu.

Pak Lah mungkin sudah terlambat.

MUNSYI ABDULLAH

No comments: