22 May 2010

Mahkamah Syariah eksklusif Islam

Presidennya, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, Mahkamah Syariah adalah hak eksklusif orang Islam dan oleh itu tindakan membenarkan bukan Islam menjadi peguam syarie boleh membuka ruang kepada kes percubaan murtad.

Beliau berkata, selain itu, ia juga boleh menyebabkan salah tafsiran terhadap hukum syarak serta mengelirukan masyarakat apabila seseorang peguam syarie bukan beragama Islam.

“Oleh itu jika permohonan mana-mana individu bukan Islam menjadi peguam syarie tetap dipanjangkan ke mahkamah, PGSM akan meneruskan bantahan dan menjadi pencelah.

‘‘Ini kerana bagi kita langkah itu secara tidak langsung telah menghina kesucian agama Islam,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

No comments: