13 May 2010

Malaysia ke separuh akhir


Lee Chong Wei bersama Hafiz Hashim (kanan) meraikan kemenangan Malaysia menewaskan Denmark 3-2 pada suku akhir badminton Piala Thomas di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam tadi. – Utusan/Ahmad Zakki Jilan


SKUAD badminton Piala Thomas negara berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan Denmark 3-2 pada perlawanan suku akhir di Stadium Putra, Bukit Jalil, semalam. Muhammad Hafiz Hashim muncul wira negara apabila memberikan mata kemenangan selepas mengalahkan Joachim Persson 21-12, 21-10.
Pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei dan beregu, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong terdahulu meletakkan Malaysia selesa mendahului 2-0.
Begitupun, keadaan bertukar cemas apabila Wong Choong Hann dan beregu Mohd. Zakry Latif-Hoon Thien How kalah, untuk Denmark mengikat kedudukan 2-2, sebelum Hafiz memberi mata kemenangan. Malaysia akan bertemu China di separuh akhir, esok.

No comments: