18 April 2008

SULTAN SELANGOR SERU UMAT ISLAM SELANGOR BERSATU SELEPAS PRU 12 YANG LALU


Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.



Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sebagai Ketua Agama Islam menggesa semua umat yang beragama Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum yang lepas.

“Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor.

“Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah sama-sama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini hari ini.

Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama.

Kita semua umat Islam di Selangor haruslah menerima gesaan Tuanku dengan hati terbuka walaupun kita mempunya berlainan ideologi dan fahaman.

Kerana dengan bersatu semula ini kepentingan orang Melayu dan umat Islam akan terpelihara. Itu bacaan saya terhadap gesaan Tuanku Sultan Selangor yang kita kasihi.


No comments: