18 April 2008

UTAMAKAN AGENDA MELAYU, LUPA SEKETIKA POLITIK KEPARTIAN


Berikut adalah dari blog Tan Sri Muhammad Muhd Taib. URLnya ialah www.muhammadmuhdtaib.com

April 18th, 2008

Bercakap tentang nasib dan masa depan bangsa Melayu kita sebenarnya melangkaui soal Umno, Pas atau PKR malah DAP. Bahkan bila menyentuh tentang nasib bangsa Melayu, tidak bermakna kita mula menyentuh soal perkauman.

Pisahkan erti perkauman bila membicarakan ‘survival’ bangsa. Parti politik seperti Umno, Pas atau yang terbaru PKR boleh disabitkan dengan soal masa depan bangsa Melayu kerana antara tiga kelompok parti ini ianya dianggap mewakili perjuangan bangsa Melayu.

Kalau mahu dikira siapa yang paling layak untuk membincangkan tentang hala tuju dan nasib bangsa Melayu, kita kira hanya Umno dan Pas setakat ini berhak dan layak membicarakan tentang nasib bangsa Melayu kerana dua parti ini secara total mewakili orang Melayu.

No comments: