25 April 2008

ISRAEL DENGAN BONGKAKNYA TOLAK CADANGAN HAMAS UNTUK GENCATAN SENJATA

Kerajaan Israel telah dengan bongkaknya menolak mentah-mentah cadangan Hamas untuk satu gencatan senjata selama enam bulan di Gaza.



Agensi berita Reuters dari Jerusalem telah memetik David Baker jurucakap Olmert sebagai menolak cadangan yang dibuat secara jujur oleh pihak Hamas.



Cadangan Hamas tersebut adalah hasil dari perbincangan antara wakil Mesir Omar Suleiman dengan puak-puak Palestin di Gaza.



Kita sedia maklum sebelum ini pihak Israel telah memberhentikan penghantaran minyak disel ke Gaza. Akibatnya bekalan eletrik di Gaza telah terputus.



Ini nampaknya satu lagi taktik untuk menyiksa rakyat Palestin.



Pihak OIC dan Liga Arab harus bertindak dengan tegas menangai isu terbaru ini.



Sementara itu di Bangsa-bangsa Bersatu , Amerika, Britain dan negara Barat telah memberhentikan satu Mesyuarat Mengenai Palestin bila Duta Libya menyifatkan perlakuan Kerajaan Israel di Gaza sama seperti tindakan oleh pihak Nazi keatas penduduk Yahudi semasa Perang Dunia Kedua yang lalu. Kerana ucapan Duta Libya itu yang bercakap tentang satu keadaan yang benar, pihak negara Barat menghentikan Mesyuarat Membincangkan Masalah Palestin tersebut yang dianjurkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu.





No comments: