17 April 2008

PRESIDEN JIMMY CARTER DI ASIA BARAT BERJUMPA DENGAN PEMIMPIN HAMAS

art.carter.afp.gi.jpg


Gambar menunjukkan Presiden Carter menziarahi kubur Pemimpin Palestin Yasser Arafat pada hari Selasa lalu.


Bekas Presiden Carter kini berada di Asia Barat untuk melihat kekejaman Yahudi keatas penduduk Palestin di Gaza.


Semasa beliau jadi Presiden beliau telah memainkan peranan besar sehingga akhirnya membawa perdamaian antara Mesir dan Israel melalui Perjanjian Camp David pada 17hb September 1978. Perjanjian ini hasil dari Perang Yom Kippor pada tahun 1973 dimana Mesir telah menunjukkan kekuatan tenteranya.


Berikutan dengan perjanjian tersebut Israel telah berundur sepenuhnya dari Semenanjung Sinai yang ditawannya pada Perang tahun 1967. Terusan Suez kemudiannya dapat dibuka semula. Ini amat menguntuingkan Mesir kerana mendapat pendapatan dari terusan itu semula. Presiden Carter adalah antara pemimpin parti Democrat yang vokal mengenai isu Arab Israel.


Beliau adalah adil dan tidak berat sebelah dalam menangani masalah Arab Israel. Ini jelas dari buku terbarunya bertajuk Palestin: Keamanan Bukan Apartheid.


Beliau melawat Asia Barat kali ini untuk bertemu dengan para pemimpin Hamas. Diharap dengan kunjungan Presiden Carter ke Asia Barat kali ini akan membawa kesedaran kepada Dunia amnya dan Dunia Barat khasnya tentang penderitaan yang ditanggung oleh penduduk Palestin di Gaza dibawah cengkaman Israeli yang amat kejam itu.




No comments: