13 April 2008

MELAYU PERLU ADA BADAN PENDESAK?

Saya amat bersetuju dengan saranan Professor Emeritus Tan Sri Ismail Hussein Ketua Satu GAPENA supaya orang Melayu perlu ada sebuah Badan Pendesak yang bertaraf sebagai sebuah parti politik. Saranan itu dibuat oleh beliau semasa Forum Perhimpunan Perpaduan Melayu yang dianjurkan oleh Badan Bertindak Perpaduan Melayu pada 12hb April 2008 yang lalu.

Satu perjumpaan khas mengenai penubuhan Badan Pendesak ini akan diadakan di Johor Baru pada 2hb Mei 2008 yang akan datang ini.


Badan Bertindak Perpaduan Melayu adalah terdiri dari Gabungan Penulis Nasional (GAPENA), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjong (GPMS), Persatuan Kebajikan Islam dan Dakwah Islamiah Malaysia (PERKIDA)

No comments: