8 May 2008

BERITA TERKINI - SATU LAPURAN POLIS TERHADAP KERAJAAN PAKATAN SELANGOR KERANA TIDAK TUNAI JANJI PILIHANRAYA

Berita terkini seorang siswazah lulusan Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) telah membuat satu lapuran polis terhadap Kerajaan Pakatan Selangor yang di dakwanya telah tidak menunaikan janjinya yang dibuat dalam manifesto PKR dalam pilihanraya lalu yang mahu menurunkan cukai pintu di Selangor sebanyak 20 % jika ia menubuhkan kerajaan.



Kita sedia maklum bahawa baru-baru ini MB Kerajaaan Pakatan Selangor telah menyatakan bahawa ia tidak akan menurunkasn cukai tersebut untuk masa terdekat ini.



Saya ingin mengucapkan syabas kepada siswazah tersebut yang tidak mahu rakyat diperkotak katikkan oleh Parti Pakatan yang senang-senang menabur janji untuk mendapatkan undi dan kemudiannya tidak dapat mengkotakan janji tersebut bila mereka dipilih oleh rakyat.

2 comments:

Anonymous said...

Soalan nya, adakan si pengadu ini mempunyai rumah di Selangor ? Selama ini (sebelum hadzir kerajaan baru) tahukan beliau masallah yang di lakukan oleh kerajaan negeri, majlis perbandaran dan pihak yang dipertanggungjawapkan menjaganya. Semuanya akan terjawap jika pihak kerajaan lama dan suku sakat nya berterus terang dan bertanggungjawap keatas masallah yang di tinggalkan. Memberi potongan dan pelepasan denda bagi bayaran tertunggak adalah lebih besar jumlahnya dari potongan 20% cukai pintu yang rata-rata tidak dibayar oleh kebanyakan oleh pemilik rumah kos sedarhana dan rendah. Lagipun kerajaan baru telah pun mengumumkan ianya harus melakukan audit dalaman dan mengkaji kedudukan sebenar dan mungkin potongannya boleh melebihi 20%. Apalah jumlah RM 12 setahun dapat dimenafaatkan sedangkan kenaikan harga beras dan tepung jauh lebih tinggi.

Raduan Md Taib said...

Soalnya dulu mengapa PKR berjanjanji dalam manifesto.
Atas janji ini rakyat memberi undi.
Sekarang bila dah berkuasa mengapa tak tunaikan janji.
Macam-macam dalih diberi