Adalah di laporkan dalam The Sun Online 7 Marc 2008 bahawa Penasihat PKR Anwar Ibrahim telah menyaman malu bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Nasional (PKN) Dr Chandra Muzzafar sebanyak RM10 juta bila Dr Chandra enggan memohon maaf atau menarik balik kenyataan-kenyataannya terhadap Anwar.
Chandra menurut The Sun adalah seorang dari lima orang ahli panel forum umum mengenai Pilihan Raya Umum 12 telah berkata pada hari Isnin lalu bahawa "adalah satu bencana besar kepada Malaysia sekiranya Anwar menjadi Perdana Menteri".
"Apa yang saya katakan itu adalah berlandaskan fakta-fakta dan maklumat yang ada pada saya" kata Dr Chandra dalam satu kenyataan akhbarnya semalam selepas Anwar mengugut akan menyamanya.
Lanjutan dari saman tersebut blogger ini ingin bertanya siapa lagi yang akan di saman oleh Anwar kerana mengeluarkan kenyataan terhadap dirinya? Mungkinkah giliran sahabat baik tenisnya Dato Nalla Karuppan pula akan disaman? Nalla juga baru-baru ini ada membuat kenyataan mengenai diri dan perlakuan Anwar.
No comments:
Post a Comment