Keputusan PRU 12 telah kita ketahui. Kita pihak UMNO kena terima apa 'message' yang hendak disampaikan oleh rakyat. Kita terima keputusan dan suara rakyat dengan hati terbuka.
Banyak faktor penyebab kekalahan UMNO/BN di 5 negeri. Yang penting kita balik ke asas perjuangan UMNO iaitu mempertahankan kepentingan orang Melayu dan agama kita agama Islam.
Jadi kita balik kepada pegangan kita, agama kita agama Islam. Kita muhasabah diri kita dan nawaitu kita. Jangan pentingkan diri dan keluarga tapi yang penting adalah masa hadapan dan 'survival' bangsa dan masyarakat Melayu. Kita terima keputusan PRU 12 dengan hati terbuka. Memandang kehadapan kita buat kerja kita dan kita fikirkan yang terbaik untuk mempertahan kepentingan orang Melayu.
Inilah asas penubuhan UMNO pada tahun 1946. Kita perbaharui balik semangat UMNO mula-mula ditubuhkan tersebut.
Dan UMNO akan terus relevan sekarang, esok dan selamanya.
No comments:
Post a Comment