Apabila kita memperkatakan tentang DEB, kita perlu sedar bahawa DEB
adalah merupakan satu instrumen yang telah memberikan sedikit sebanyak
kejayaan melalui pembukaan ruang kepada bangsa bumiputera melibatkan
diri di dalam dunia ekonomi dan korporat.
Malah kuota pendidikan tinggi kepada bumiputera juga adalah satu
kesinambungan daripada DEB bagi memastikan golongan bumiputera
profesional dapat diwujudkan. Maka, natijahnya lahirlah ramai
golongan yang berilmuan, ahli akademik, golongan profesional dan Melayu Bandar yang mula dilihat mengimbangi golongan bukan bumiputera.
Pada amnya kita lihat melalui DEB jumlah peguam, jurutera, doktor, arkitek, jurukur dan lain -lain profesion telah bertambah dengan pesatnya sejak bermulanya DEB pada tahun 1990.
Begitu juga pertambahan yang pesat di kalangan pensyarah Melayu yang berkelulusan PhD dan bertambah ramai tenaga pengajar perubatan Melayu yang menjadi spesiolis dan sub spesionalis dalam bidang mereka masing-masing.
Namun begitu, seperti yang kita lihat hari ini, semangat DEB yang
masih dijalankan tidak dilaksanakan dengan baik dalam setengah sektor umpamanya dalam pembahagian sesuatu projek besar kepada individu yang ada kaitan dengan pemimpin tertentu.
Hanya mereka tersebut sahaja yang mendapat peluang dan ekuiti,
sementara orang lain yang juga sebenarnya berkelayakan tidak mendapat
ruang, melainkan jika 'mengenali' beberapa orang besar tertentu, maka
barulah mendapat projek.
Ini satu fenomena yang tidak sihat. Lebih malang lagi apabila
golongan tertentu itu dilihat masyarakat umum ada kaitan dengan
keluarga pemimpin negara sendiri. Maka timbullah tuduhan adanya kronisme.
Itulah sebabnya semangat DEB ini perlu diubah suai semula jika benarlah
kita ingin melihat bangsa kita terus maju tanpa ketinggalan.
Persoalannya, adakah PKR mampu memberikan suntikan yang diperlukan
sedangkan ianya adalah parti berbilang kaum?
Atau adakah Agenda Ekonomi Baru (AEB) yang dikatakan turut membawa semangat DEB yang diperbaharui hanya sekadar gimik politik?
Atau AEB memang tiada niat untuk terus membantu orang Melayu seperti
mana kenyataan Dato Seri Anwar Ibrahim "Dasar Ekonomi tanpa kuota, berasaskan merit dan
berdaya saing"?
Senarai 40 orang terkaya di Malaysia tahun 2007 hanya menyaksikan tak
sampai 10 orang Melayu di dalamnya. Jika benar berasaskan merit tanpa
kuota, agak-agak bangsa mana yang lebih berdaya saing? Kalau bangsa yang
tidak cukup berdaya-saing, bagaimana?
Kita dijajah selama 497 tahun, dan baru 50 tahun kita bebas untuk
membina politik dan ekonomi kita. Oleh itu, tidak hairanlah apabila
ahli pakar ekonomi mengatakan orang Melayu ketinggalan 30 tahun di dalam
ekonomi berbanding bangsa Cina.
Jadi dapatkah Anwar Ibrahim dan PKR yang berbilang bangsa mempertahan kepentingan orang Melayu yang masih mundur dengan Agenda Ekonomi Baru mereka yang berasaskan merit dan kebolehan semata-mata?
Selasa kah orang Melayu yang mereka akan terbela dalam AEB Anwar Ibrahim?
Berlandaskan parti PKR yang berbilang bangsa dan dari ucapan-ucapan Anwar Ibrahim jawapan saya ialah PKR tidak akan membela orang Melayu.
7 comments:
Sdr mengatakan semangat dan perlaksanaan DEB ini perlu diubah-suai semula jika kita ingin melihat bangsa kita terus maju tanpa ketinggalan. Saya cadangkan agar saudara senaraikan perubahan-perubahan itu dalam blog Sdr agar dapat di baca oleh rakyat. Sila beri cadangan membina.
Adakah Sdr setuju jika saya katakan Agenda Ekonomi Baru akan menghilangkan 'tongkat' orang Melayu? Sampai bila harus bertongkat?? Perlu tunggu 30 tahun lagi untuk orang Melayu berdaya saing??
Adakah Sdr setuju jika saya katakan AEB akan menbantu orang Cina, India dan Melayu yang miskin??
Jika paling ramai orang miskin papa kedana di M'sia adalah orang Melayu, adakah Sdr setuju jika saya katakanAEB akan bantu ramai orang Melayu??
Sdr mengatakan AEB tidak akan membela orang Melayu berdasarkan keahlian PKR yang berbilang bangsa dan ucapan DSAI. Saya cadangkan Sdr perhalusi dokumen AEB dan fikir kehadapan. Buat masa ini, AEB adalah langkah kehadapan untuk pengurusan ekonomi Malaysia. Jika Sdr ada cadangan dan idea yang lebih baik dan bernas, sila kemukakan untuk kepentingan bangsa Melayu.
Sdr. harus beri peluang Barisan Rakyat membuktikan kebolehan mereka. Please don't speculate and please don't judge them based on past and current lenses.
salam,
DEB adalah suatu dasar yang baik malah saya sendiri adalah 'anak' kepada dasar ini.
memandangkan kepada masa hadapan yang lebih mencabar untuk generasi yang akan datang, sebagai ayah kepada 5 org anak, saya membuka ruang kepada mereka untuk lebih berdikari di dlm 3 perkara:
. di dalam pelajaran
. di dalam perniagaan
. di dalam kreativiti
sebagai contoh, saya lebih mengalakkan anak sulong saya belajar ITC di kolej swasta dan di dalam masa yang sama, menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan (jual burger).
pendapatan anak saya boleh dikatakan sangat lumayan dan pada masa yang sama, saya memastikan dia mendapat CGPA tidak kurang dari 3.5
pada pendapat saya, walaupun saya adalah 'anak' DEB, tetapi adalah menjadi tanggungjawab saya sendiri untuk memastikan pendidikan yang sepatutnya kepada anak2 saya dan memastikan mereka mendapat peluang2 perniagaan setelah tamat pembelajaran.
dengan cara ini, kita tidak perlu bergantung kepada pihak kerajaan dan mana-mana badan politik.
pada masa yang sama juga, saya berharap agar peluang perniagaan dibuka dengan lebih saksama lagi, tidak kepada beberapa individu atau kroni-kroni sahaja.
sebagai seorang yang menetap di kawasan kelang/shah alam, saya berdoa agar tiada lagi golongan2 yang tamak haloba yang sentiasa sahaja memintas perkembangan perniagaan orang2 lain semata2 untuk kepentingan peribadi dan keluarga sendiri.
sebolehnya saya tidak mahu mengungkit hal2 dahulu. ada diantara mereka yang baru sahaja meninggal dunia secara mengejut, maka yang dah berlalu, biarlah berlalu. saya ambil sebagai contoh dan tauladan.
semoga hari2 yang lebih baik untuk semua rakyat malaysia.
Saudara Azer,
Saya setuju dengan saranan sdr supaya 'anak' DEB yang berjaya harus berdikari dalam hal-hal pelajaran.
Malah saya mengecapi nikmat peluang DEB telah melakukannya. Saya telah gunakan duit saya sendiri untuk perbelanjaan pelajaran 5 anak saya sehingga Alhamdulillah mereka jadi akauntan dan doktor. Ini kerana saya tahu kalau anak saya ambil biasiwa kerajaan atau agensi kerajaan bermakna akan menidakkan satu tempat seorang pelajar Melayu lain yang miskin yang betul2 memerlukan biasiswa tersebut. Hanya bila anak bongsu nak ambil perubatan, saya mengaku kalah kerana simpanan kehabisan. Terpaksa ambil pinjaman Mara juga. Pada saya DEB hanyalah pembuka jalan saja.
Jadi dalam hal ini saya tidak lagi bercakap secara retorik kerana saya telah 'walk the talk'. Saya telah melakukannya. Saya harap lebih ramai lagi 'anak' DEB akan berbuat sedemikian dan tidak retorik saja!!
Saya berharap anak2 saya sebagai ahli profesional akan mendidik anak2 mereka dengan duit belanja mereka sendiri.
Saya setuju dengan saudara bahwa semua bangsa di Malaysia ramai yang miskin. Tapi di dalam masyarakat Cina ada banyak persatuan suku kaum (clan associastions) mereka yang bersedia membantu dalam pendidikan anak2 ahli.
Saya ingat lagi masa saya memasukki universiti dulu kawan-kawan Cina saya sudah sedia ada biasiswa pelajaran mereka sedangkan saya baru nak memohon biasiswa negeri Selangor.
Jadi kalau PKR yang berbilang bangsa ini berkuasa dan dengan AEBnya saya kurang yakin ia berupaya mempertahankan kepentingan orang Melayu.
Pembahagian kerusi Exco di Perak boleh diambil sebagai contoh. Semua kerusi Exco DAP di berikan kepada Cina sedangkan DAP mengatakan ia berbilang kaum!! Kerusi Exco PKR sebaliknya di agihkan kepada Melayu Cina dan India. Akibatnya Exco Cina bertambah!! Jadi dalam PKR ini ibaratnya Melayu 30%, Cina 30% dan India 30%. Ini jelas tidak melambangkan penduduk Malaysia!! Jadi bagaimana saya boleh confident dengan DSAI dan PKR dalm melindungi Melayu.
Tapi saya confident DAP akan senantiasa menjaga kepentingan Cina.
Saya suka mengingatkan bahawa budaya politik baru menuntut kita untuk berfikir beyond race and religion. Sebab itu Agenda Ekonomi Malaysia menitikberatkan semua rakyat Malaysia regardless of their race and religion.
Apabila kita (semua orang) berfikir dan bertindak untuk menolong rakyat marhaen tanpa mengira kaum, maka tidak akan timbul soal Exco Cina tidak tolong orang India, Exco India tidak tolong orang Melayu. Yang penting pada dasarnya, semua rakyat, semua golongan mendapat manfaat dan pembelaan dari kerajaan.
Saya juga tertanya-tanya mengapa orang Melayu tidak dapat bersatu dan mewujudkan koperasi, persatuan atau badan yang dapat membantu anak-anak Melayu untuk belajar dan berniaga?? Mengapa sahabat Cina kita boleh berbuat begitu?? Adakah terlalu sukar untuk mewujudkan dana pendidikan untuk bangsa sendiri??
Adakah kerana genetik orang Melayu di Malaysia ini memang pentingkan diri sendiri, sering buruk sangka, berhasad dengki, dan tidak senang melihat orang lain senang?? Sebenarnya punca orang Melayu tidak dapat bersatu membentuk persatuan @ badan adalah kerana mereka mengidap satu penyakit kronik!!
"Penyakit berkejar-kejar dengan kemewahan!!" Orang Melayu terlalu ingin kaya sehingga sanggup membelakangkan bangsanya, saudaranya dan agamanya. Ini amat menyedihkan saya. Jika mereka menganggap DEB sebagai pembuka jalan untuk memajukan diri dan keluarga, itu tidak mengapa - malah harus digalakkan. Tetapi jika mereka 'menyalahgunakan' DEB untuk memperkaya diri, sanak saudara dan rakan taulan mereka sahaja, maka dasar ini harus diubah.
Telah bertahun-tahun UMNO dan BN ditegur dan diingatkan tentang kebocoran dan ketirisan yang berlaku dalam perlaksanaan DEB. Mengapa mereka tidak buat post-mortem dan perbaiki?? Oleh kerana mereka keberatan untuk memperbetul perlaksanaan DEB, negara berterusan kerugian berjuta / berbilion ringgit. Sebagai alternatif, AEB dibawa untuk menambahbaik perlaksaan DEB. Saya harap rakyat Malaysia dapat beri peluang dan lihat bagaimana Agenda Ekonomi ini dilaksanakan di 4 negeri Barisan Rakyat sekaran ini dan di Malaysia, bermula Julai/Ogos 2008.
Saudara Hisasury,
Saya tidak lagi seorang yang idealis seperti zaman di universiti dulu. Seperti seorang realist saya mahu melihat apa hasilnya sesuatu perkara.
Jadi kita tunggu dan lihat apa yang boleh dilakukan oleh Agenda Baru Malaysia PKR ini.
Seperti yang saya sudah nyatakan dikomen terdahulu pembelajaran anak2 saya hingga ke U saya tanggung sendiri kerana saya rasa ramai anak Melayu miskin yang perlukan biasiswa kerajaan Sebagai 'anak' DEB saya telah 'walk the talk'. Saya tidak beretorik saja. Cuma menubuhkan dana saja yang belum. Mungkin satu hari akan saya tubuhkan InsyaAllah kalau ada rezeki.
Diharap AEM PKR ini tidak menjejaskan kepentingan orang Melayu. Tapi saya kurang yakin dengan PKR. Contohnya di Perak PKR dapat 3 kerusi Exco dan dilantik seorang Melayu , Cina dan India. Jadi anggapan PKR Melayu 33%,Cina 33% dan India 33%. Agaknya inilah keadilan mengikut PKR!! Mungkin inilah rationya kekayaan negara akan dibahagikan!!
Jadi jangan kita berkhutbah dan syok sendiri dengan idealisma kita. Kita tunggu dan lihat apa dasar dan tindak tanduk PKR mulai sekarang sehingga ke PRU 13 lima tahun lagi. Itu lah yang realitinya. Kalau PKR tidak dapat melakukan janjinya yang banyak itu rakyat akan menolaknya pada tahun 2013. Kita tunggu sajalah.
Terima kasih di atas komen Sdr.
Saya sanjung tindakan Sdr memikirkan 'keperluan biasiswa untuk orang Melayu (lain) miskin lebih penting' dari keperluan anak-anak Sdr. Sudah tentu mereka (dari luar bandar dan berpendapatan rendah) yang layak menerima biasiswa itu amat berterima kasih kepada (Allah dan) Sdr di atas pengorbanan Sdr selama ini.
Saya tahu tidak mudah untuk membina ekonomi keluarga dan membesarkan 5 orang anak hingga berjaya menjadi profesional. Seharusnya telah lama rakyat Selangor (malah Malaysia) mempunyai pemimpin seperti Sdr untuk menunjuk jalan dan tauladan. Sayangnya, pemimpin Melayu Malaysia (sekarang) tidak seperti Sdr. Mereka kurang berkebajikan (ataupun berkebajikan bersebab) , dan cenderung untuk mengumpul harta melampaui keraguan sumbernya - walaupun saya tidak menolak mereka mungkin pintar dan hebat berniaga.
Banyak berlaku di Johor, sebelum menjadi YB - mereka hidup sederhana dan berhemah. Tetapi setelah beroleh kuasa, kereta 'mata belalang' menjalar, rumah banglo bertingkat-tingkat. Tetapi kawasan yang mereka wakili - begitu seadanya.
Memang benar saya seorang idealis dan saya mahu bangsa saya menjadi bangsa yang ideal. Untuk membawa perubahan, kita perlu menjadi seorang yang sangat yakin diri, idealis dan berprinsip. Kita telah lama hidup dalam cermin dan kanta masyarakat yang berbudaya materialistik (yang memusnah) dan 'menghalalkan cara' untuk mendapat apa yang dicita (dengan tidak beretika). Budaya dan social mirror ini boleh diubah. Kita boleh jadi masyarakat yang berhemah 'semula' - seperti nenek moyang kita yang belum dijangkiti penyakit berkejar-kejar pada kemewahan.
Syaratnya, kita perlu berani mengubah persepsi. Dan kita perlukan pemimpin yang cintakan keadilan dan kedamaian (literally), utamakan kesaksamaan, dan bencikan rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa (literally).
Saya juga tidak beretorik. Saya yakin bangsa Melayu, Cina dan India boleh hidup bersama secara selamat, aman dan makmur jika nasib semua pihak diperjuang simultaneously. Jurang pendapatan dikurangkan, peniaga kaya dibantu untuk lebih kaya dan dalam masa yang sama mereka menyumbang kepada sahabat yang kurang berada.
Apa salahnya jika kita beri peluang kepada konsep 'Negeri Berkebajikan' ??
salam,
terimakasih di atas ulasan lanjutan dari pihak saudara.
keep it up :-)
Post a Comment