Banyak kawan-kawan yang ahli khariah dari beberapa mesjid di Selangor dan beberapa negeri lain ada memanggil saya. Mereka mengadu bahawa semasa sembahyang Jumaat yang lalu (29hb Februari 2008) terdapat setengah khatib mesjid yang tidak membacakan khutbah yang disediakan oleh Jabatatan Agama Negeri masing-masing. Sebaliknya mereka telah membacakan khutbah yang mereka sediakan sendiri yang sangat mirip kepada manifesto sebuah parti Islam. Di mesjid khariah saya sendiri perkara ini berlaku. Khatib ini bukanlah khatib resmi mesjid tersebut. Dan isi khutbahnya banyak persamaan dengan isi manifesto parti tersebut.
Kawan-kawan saya berkata tidak cukupkah parti tersebut bercakap pasal manifesto mereka dalam ceramah-ceramah politik yang dibenarkan oleh pihak polis sehingga hari mengundi pada 7hb Mac 2008 yang akan datang ini?
Ahli khariah sesebuah mesjid terdiri dari berbagai parti politik. Sekiranya khutbah yang dibacakan oleh seorang khatib berbau manifesto sebuah parti tentunya ahli-ahli khariah tersebut tidak akan merasa selesa dan akan berpecah belah. Biarlah Mesjid jadi tempat beribadat.
Biarlah apa yang hendak disampaikan oleh sebuah parti politik menggunakan landasan ceramah politik parti tersebut yang dibenarkan oleh undang-undang negara.
Kawan-kawan saya menyuruh saya menimbulkan perkara ini dalam blog saya dan juga berharap pihak Jabatan Agama Negeri-negeri supaya mempastikan semua Nadzir Mesjid mengarahkan khatib mereka membaca teks khutbah yang telah disediakan oleh Jabatan Agama Negeri pada sembahyang Jumaat 7hb Mac ini.
Mana-mana mesjid yang ingkar dalam hal ini, tindakan tegas haruslah diambil keatas Nadzir yang didapati lalai dalam menjalankankan tugas mereka.
No comments:
Post a Comment