Kedudukan Datuk Seri Rafidah Aziz yang dikatakan merajuk tidak dilantik semula ke dalam kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tengahari Selasa akan diketahui petang ini. Satu sumber memberitahu Agendadaily Rafidah merasakan lebih baik beliau tidak dipilih bertanding semula kerusi parlimen semasa pilihanraya umum baru ini jika hendak digugurkan dari kabinet.
Difahamkan para Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia akan berkumpul di pejabat Rafidah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri di Jalan Duta Kuala Lumpur jam 2 petang ini.
Ikut ceritanya Rafidah yang terkejut digugurkan merungut nak meletakan jawatan sebagai Ketua wanita UMNO dan lebih serius …sebagai ahli parlimen Kuala Kangsar.
Tempat Rafidah di Kementerian itu diambilalih oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Para ahli Exco Wanita UMNO dikatakan terkejar ke sana kemari termasuk ke rumah Rafidah di Bukit Damansara sejurus mengetahui nama bos mereka tidak ada dalam senarai kabinet.
Pada jam 5 petang Selasa Naibnya Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mempengerusikan mesyuarat Exco Wanita di pejabat Wanita UMNO di pejabat mereka di Pusat Dagangan Dunia Putra.
Ikut ceritanya waktu itu Shahrizat sudah dapat khabar beliau akan dilantik sebagai penasihat khas bertaraf menteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengenai hal-ehwal pembangunan wanita dan sosial.
Namun beliau dikatakan tidak berani buat pengumuman di mesyuarat itu kerana (waktu itu) belum dapat
Selain Rafidah digugurkan,para Exco wanita dikatakan bising kerana tiada seorangpun dikalangan Exco Wanita dilantik mengisi kekosongan.
Sebelum ini ada ramalan mengatakan mungkin ahli parlimen kawasan Tenggara,Johor Datuk Halimah Saddiqe dilantik ke kabinet.
Setelah mesyuarat di ibupejabat UMNO itu Shahrizat mengelak diri dari bertemu wartawan yang berkumpul di situ.
Difahamkan juga sekumpulan exco dan ahli-ahli wanita UMNO telah pergi ke Putrajaya dalam usaha untuk menemui Perdana Menteri bagi menyatakan rasa tidak puashati mereka berhubung dengan ketiadaan wakil Wanita UMNO di dalam kabinet.
Semasa menjawab soalan para wartawan pada sidang akhbarnya mengumumkan kabinetnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjelaskan Rafidah digugurkan untuk beri laluan kepada muka baru.
Katanya beliau tidak bincang mengenai keputusan itu dengan Rafidah.Ketua Wanita UMNO itu mula pegang jawatan Menteri Perusahaan Awam pada September 1980 sebelum ke Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri iaitu semuanya hampir 27 tahun - 19/3/2008
No comments:
Post a Comment