1 April 2008

LANGKAH HYPERMARKET MYDIN DISANJUNG TINGGI

Tindakan Mydin meletakkan tanda di 2 Hypermarket dan 23 Storenya kepada keluaran dari Belanda dan juga membuatkan poster berukuran A4 di premis dan dekat kounter-kounternya untuk beri tahu semua pembelinya jangan membeli barangan Belanda adalah satu tindakan yang harus kita puji dan sanjungi.

Ia melambangkan dan menunjukkan kemarahan pengguna Islam di Malaysia terhadap seorang ahli parlimen Belanda yang ektremis yang telah mebuat satu filem bertajuk "Fitna" yang memberi gambaran buruk kepada agama Islam.

Di harap syarikat-syarikat hypermarket lain juga akan turut mengambil tindakan yang sama. Misalnya Tesco yang mana rakan kongsi tempatannya ialah Sime Darby sebuah anak syarikat kepunyaan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Jadi Tesco kenalah prihatin dengan perasaan pengguna Islam negara ini kepada provokasi kepada umat Islam ini.

Kalau hypermarket yang lain ini tidak atau enggan berkerjasama dalam memboikot barangan Belanda kita sebagai pengguna harus jangan pergi ke hypermarket mereka. Sebaliknya kita pergi ke Mydin.

Sekali lagi syabas kepada Mydin. Semoga perniagaan bertambah makmur. Amin.

2 comments:

Azer Mantessa said...

salam,

sabagai seorang pedagang, setakat ini saya tidak mendapati kesan yang amat ketara terhadap penjualan barang2an dari negara belanda ini. walaubagaimanapun, peristiwa sebegini sepertimana yang yang pernah berlaku terhadap agama dan umat islam yang sentiasa sahaja dihina dan akan sentiasa berlaku, kita perlu mengambil iktibar.

saya mengaku, sebagai seorang pedagang, saya tidak mampu untuk TIDAK menjual barang2an belanda kerana permintaan terhadap barangan mereka sentiasa tinggi. malah saya ingin mengatakan bahawa lebih dari 50% hasil jualan harian adalah dari barang2an mereka. sebagai pedagang, saya tidak mampu menolak permintaan pasaran.

saya rasa, iktibar yang penting sekali yang perlu kita ambil adalah melihat sendiri kelemahan kita. rata2, moral umat islam termasuk di dalam negara kita sendiri berada di tahap yang sangat rendah. tidak perlu saya nyatakan secara terperinci tetapi kes2 jenayah, penyalahgunaan dadah, maksiat (terutamanya arak dan zina), korup, dll sangat nyata. tidak perlu saya nyatakan juga bahawa kita sendiri adalah golongan yang sentiasa lalai terutamanya terhadap hal2 duniawi.

dengan rendahnya moral kita ditambah dengan kelalaian kita sendiri, tidak hairanlah sekiranya ada pihak yang secara terbuka menghina kita pada tahap yang sangat tinggi.

dengan itu, adalah perlu bagi kita untuk melihat kembali diri sendiri, memperkukuhkan institusi keluarga dan masyarakat secara khususnya dan secara amnya.

balik kepada soal perdagangan kerana ini adalah soal harian yang sangat interaktif dengan kehidupan, ternyata kita tidak mempunyai asas secara total untuk menyaingi barang2an seperti dari negara belanda ini. ini adalah kerana, kurangnya nilai2 moral mahupun secara individu dan kolektif di dalam usaha mempertingkatkan produktiviti dan kualiti.

sebagai seorang pedagang, saya pernah melihat satu golongan yang sangat arif di dalam perdagangan dan pada masa yang sama mengimbangi nilai2 moral.

saya masih ingat lagi bagaimana golongan ini iaitu AL ARQAM menjalankan aktiviti2 perdagangan dengan tulus, jujur dan kompetitif malah apabila saya masih berada di kedah, pulau pinang dan perak, barang2an al arqam ini sangat disenangi oleh semua masyarakat mahupun melayu, cina dan india.

secara peribadi, saya sangat menentang akidah pegangan mereka TETAPI saya sangat terpegun dengan aktiviti2 perdagangan mereka terutamanya di dalam pengawalan kualiti. inilah masalah dgn masyarakat kita sejak dari dahulu lagi ... apabila kita berada di tahap yang sangat baik, kita mudah terjerumus ke arah ekstrimisma.

Zainal A. Kasim said...

Saya juga menyokong tindakan Myden berkenaan.

http://c-bok.blogspot.com