17 April 2008

SYED HAMID SIFATKAN DAKWAAN AMNESTY BERNIAT JAHAT

Syed Hamid Albar
Syed Hamid Albar


17/04/2008 3:36pm

KUALA LUMPUR 17 April — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar menyelar dakwaan Amnesty International, sebuah pertubuhan hak asasi manusia yang mendakwa Malaysia antara negara yang mengamalkan pembunuhan secara rahsia.

Beliau berkata, laporan itu berniat jahat untuk menjatuhkan nama baik Malaysia dan mereka yang menulis laporan itu adalah jahil.

“Mana dia dapat laporan begitu pun saya tak tahu, adakah dia jumpa sesiapa atau mendengar khabar angin. Orang sekarang terlalu berminat untuk menjatuhkan nama baik Malaysia.

“Kita tidak ada `secret killing’ (pembunuhan rahsia), siapa sahaja yang membuat kesalahan, ada proses undang-undang, kita mana boleh membunuh orang begitu sahaja, Malaysia adalah negara yang mendaulatkan undang-undang,” katanya kepada pemberita selepas melawat Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) di sini hari ini.- Bernama

3 comments:

shishe@keen said...

salam.

I'm ur silent reader :)

saya nk btanya kn pandangan peribadi datuk.berkenaan kenyataan datuk seri dr rais yatim yang membenarkan 2 pemain chelsea yg merupakan rakyat israel utk beraksi di Malaysia..

sedangkan dari segi fakta malaysia mmg tidak mmpunya hubungan diplomatik dgn negara yahudi..even all malaysians also prohibited entering Israel..as well as Israel's to come over here..

kerana bg saya..pendapat saya..kekejam rejim ini membunuh rakyat palestin sgt tidak boleh di lupakan...terutamanya peristiwa sabra dan shatila di lubnan...pembunuhan berramai2 di jenin...gaza..

Memang tidak salah menjemput atas dasar sukan namun sensitiviti umat Islam perlu dijaga.Jika isu ternakan khinzir di eksploitasi atas dasar sensitiviti umat Islam, isu ini juga harus diguna untuk membuktikan umat Islam memandang berat mengenai nasib rakyat Palestin.

Adakah suasana 1997 akan berulang apabila Israel dibenarkan memasuki Malaysia adalah ketika kejohanan kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC), mendapat bantahan di Kuala Lumpur sehingga ada yang cedera?

sekali lagi saya amat berminat untuk mendengar pandangan datuk :)
kerana ianya mungkin berbeza dgn fikiran saya yg bru brusia 20-an ini (,")

Raduan Md Taib said...

Sdri Missy Keen,

Terima kasih kerana menjadi silent reader blog saya.

Mengenai persoalan yang sdri timbulkan adalah diluar tajuk posting saya ini. Ada beberapa pandangan pro dan kontra mengenai isu tersebut.

Namun saya akan komen dimasa akan datang. Harap sdri bersabar ya.

Azer Mantessa said...

salam,

masyaAllah. macammana depa boleh kata sampai macam tu.

walaubagaimanapun, lebih 10 tahun dahulu, saya pernah terbaca di majalah ... terdapat pengguguran bayi secara haram yang berleluasa di kuala lumpur ... melalui klinik swasta akibat penghamilan luar nikah. gambar2 bayi tersebut juga disiarkan dan klinik swasta tersebut ditutup.

itu pembunuhan secara rahsia yang saya pernah dengar pun.