Kita melihat perkembangan yang berlaku akhir-akhir ini di Perak dengan perasaan yang bimbang.
DAP telah meminta lapan jawatan Exco dalam kerajaan negeri Perak yang akan di tubuhkan. PKR satu jawatan Exco sementara PAS pula dua iaitu seorang MB dan seorang Exco.
Jadi dalam kerajaan Perak akan ada lapan Exco bukan Melayu dan tiga Exco Melayu. Ini pun kalau Exco dari PKR adalah orang Melayu.
Ia jelas tidak mencerminkan peratusan penduduk Perak. Mengikut kajian Tetuan William Talhar pada tahun 2000 orang Melayu adalah merupakan 43% dari penduduk Perak sementara China 42% pula manakala bakinya dari kaum India dan lain-lain kaum.
Jadi kalau diteruskan juga pembahagian kerusi Exco seperti yang dirancangkan oleh DAP, ia akan mengundang masalah dan ketidakstabilan masa hadapan negeri tersebut oleh kerana MB hanya akan dilihat sebagai patung. Kuasa sebenarnya adalah di tangan DAP.
Suasana begini tidak akan menguntungkan sesiapa. Sebaliknya rakyat dan negerilah yang rugi kerana akan terdapat unsur-unsur ketidakpuasan di kalangan orang Melayu yang merupakan kaum terbesar di Perak.
Akibatnya kerajaan Perak tidak akan stabil dan ini akan mempengaruhi iklim pelaburan dan pembangunan.
Satu cara penyelesaian ialah dengan PAS dan Barisan Nasional bersatu untuk membentuk kerajaan yang lebih stabil di negeri terebut.
Kita berdoa demi kebaikan negeri Perak Darul Ridzuan ia akan menjadi kenyataan.
2 comments:
Dato'
Cadangan itu baik. Ada ke usaha untuk merealisasikannya? Nampak macam tak ada apa-apa pun....
Saudara Zainal,
Saya difahamkan ada usaha2 ada dijalankan.
Post a Comment